Kita lihat hari ini, pelbagai permasalahan telah wujud sejak kebelakangan ini di dalam UMNO. Ia bertambah meruncing apabila di saat-saat akhir persidangan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi. Hal ini tidak perlu dihairankan kerana ia bukanlah perkara baru di dalam UMNO itu sendiri. Hari ini kita dapati Datuk Seri Ali Rustam tidak dapat bertanding sebagai Timbalan Presiden iaitu jawatan No.2 di dalam UMNO. Mengapa di saat-saat akhir isu ini dikeluarkan?. Mengapa individu-individu lain yang didapati bersalah masih lagi boleh bertanding?. Apakah dengan melarang Datuk Seri Ali Rustam bertanding akan menyelamatkan jawatan seseorang yang mana mereka semua tahu akan kredibiliti Datuk Seri Ali Rustam akan menggugat calon-calon yang lain?.
Apa pun terserah pada pendapat masing-masing. Seperti kata pepatah soroklah bangkai dekat mana pun, pasti akan dapat dihidu. Permainan politik tidak terhenti begitu saja. Akan ada beberapa lagi perkara yang bakal mengejutkan kita. Tunggu dan lihat. Semua ini terjadi sebabkan 1 perkara, iaitu menjaga kepentingan peribadi. Jika ini tidak dibendung, maka saya percaya UMNO itu sendiri akan terlingkup dek kerana individu yang ada di dalamnya yang rakus untuk mengejar kekayaan diri.
Mereka lebih tertumpu pada poket sendiri daripada perjuangan parti. Rakyat pula akan menyaksikan siri kebodohan yang dilakukan oleh ahli UMNO itu sendiri. UMNO tidak perlu diubah tetapi yang perlu diubah adalah ahli-ahlinya dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan itu perlu lah berbalik kepada perjuangan parti bukan kepentingan peribadi dan kroni.
Masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang merupakan masalah yang julung kali kita lihat iaitu mempertahankan kedudukan kroni. Yang berjawatan nakkan kroni-kroninya naik, dan yang meninggalkan jawatan pula, juga nak kroni-kroninya naik, maka pertembungan 2 kronilah jawabnya. Jadi saksikanlah kroni siapa yang lebih kuat.
