Tuesday, March 17, 2009

Pengajaran Dan Pembelajaran SAINS Dan MATEMATIK Dalam BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1. Sesetengah dari kita ada yang menyokong dan ada pula yang tidak menyokong. Pada pendapat mereka yang tidak menyokong PPSMI ini, ia boleh merosakkan bahasa kebangsaan atau lebih senang di panggil Bahasa Melayu.

2. Mereka berpendapat setiap mata pelajaran haruslah ditulis dalam Bahasa Melayu. Ingin saya mempersoalkan kepada anda semua yang ingin menaikkan martabat Bahasa Melayu, mengapa anda tidak memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap wawancara tidak kira di akhbar, radio mahupun kaca televisyen. Mengapa tidak anda hapuskan semua bahasa asing yang ada di dalam malaysia?, dan kita hanya gunakan bahasa melayu sahaja.

3. Mengapa bila timbulnya PPSMI ini ramai di kalangan pecinta bahasa terutama bahasa melayu tidak menyokong dan mempersoalkannya. Amat hairan bagi saya terhadap pencinta bahasa kerana tiba-tiba isu PPSMI ini dibangkitkan dan ia diperbesar-besarkan hingga mengadakan demontrasi jalanan sehingga merosakkan nama baik Malaysia di mata Dunia. Sungguh memalukan!

4. Perjuangkanlah juga yang lain-lain seperti hapuskan keseluruhan bahasa asing dalam malaysia dan rakyat malaysia harus menggunakan bahasa melayu dalam setiap pertuturan dan penulisan yang hendak disampaikan. Tidak lupa juga warga asing yang ingin berniaga atau melancong di sini, haruslah bertutur dalam bahasa melayu dan jangan pula kita bertutur dengan mereka dengan menggunakan bahasa mereka jika mereka meminta apa-apa pertolongan dari kita.

5. Ada yang kata mengapa saya bangkitkan hal ini?. Hal ini tidak ada kena mengena dengan PPSMI. jadi mengapa anda mempertikaikan PPSMI?, jika tidak ada kena mengena?. Ini kan soal penggunaan bahasa, jadi mengapa saya tidak boleh bangkitkan isu-isu lain?.

6. Mengapa anda menghantar anak anda ke oxford dan universiti di luar negara?. Hantar lah anak anda di universiti di dalam malaysia. Sesetengah dari kita terutama pencita bahasa melayu ini tidak memahami isu atau perkara dalam permasalahan itu sendiri. Mereka lebih mencintai bahasa melayu daripada memajukan Bangsa Melayu itu sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

7. Tegas saya di sini, agak kurang akal jika pejuang bahasa yang memperjuangkan bahasa itu tadi tidak menggunakan saluran yang betul. Banyak lagi yang anda perlu perjuangkan dan bukan sahaja tertumpu pada PPSMI semata-mata. Oleh yang demikian saya sarankan kepada mereka yang tidak menyokong PPSMI dan individu yang celik akal seperti pencinta Bahasa Melayu dan dalang sebaliknya, kaji sedalam-dalamnya sebelum anda ingin memperjuangkan sesuatu perkara itu. Biarlah perjuangan anda itu kena pada tempat, masa dan sebagainya. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Gagah di depan tidak nampak manakala semut di seberang lautan boleh dipersoalkan. Inilah masalah pencinta bahasa di Malaysia.

8. Akhir kata kepada dalang PPSMI. jangan lah anda menangguk di air yang keruh, kerana suatu hari nanti air yang keruh itu yang akan anda minum.

Salam hormat