Sunday, April 12, 2009

Sana Sini


Sebagai rakyat malaysia yang hidup di bumi Malaysia yang aman dan damai ini kita patut rasa bersyukur. Tidak ramai umat manusia di dunia ini merasa bertuah apabila berada di Negara mereka sendiri. Ini terbukti apabila terdapat pergaduhan di antara kaum, peperangan dan sebagainya di Negara mereka sendiri dan tidak di Negara kita. Jika kita bersikap pentingkan diri sendiri maka kita tidak akan dapat menikmati hidup yang aman damai apatah lagi di Negara yang mempunyai pelbagai kaum.

Sikap keterbukaan beragama, hormat menghormati dan penerimaan terhadap kewujudan sesuatu kaum itu merupakan asas dalam memupuk perpaduan yang kukuh, dan asas ini telah pun diperkutkan dan diperkukuhkan oleh tok nenek moyang kita dahulu tetapi akhir-akhir ini, beberapa cubaan untuk merobek perpaduan itu sudah mula nampak. Semua ini adalah angkara pemimpin politik yang rakus dengan memainkan isu perkauman. Memang tidak dinafikan terdapat ekstremis-ekstremis kaum berada di dalam Negara kita yang menginginkan sesuatu, akan tetapi jika pemimpin itu tidak mengeluarkan atau memainkan isu perkauman ini, maka saya percaya hal perpaduan ini tidak akan tercalar.

Sifat rakus pemimpin yang menginginkan populariti dengan merasa dirinya adalah pembela bangsa merupakan suatu sikap yang sememangnya tidak boleh kita terima, dan pemimpin sebegini tidak harus mewakili rakyat yang berbilang kaum. Jangan kita lupa semua hal-hal yang melibatkan kaum sudah pun termaktub dalam perlembagaan dan tidak seorang pun boleh mempertikaikan hal ini. Orang yang mempertikaikan hal-hal yang berkaitan kaum yang telah termaktub dalam perlembagaan merupakan orang yang tidak sedar diri dan tidak berterima kasih dan orang sebegini hendaklah dihukum sebat dan harus dipenjarakan selama 10tahun agar dia diberikan kesedaran agar tidak sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan Perlembagaan Malaysia.

Pemimpin yang tidak menaikkan semua kaum yang ada di Malaysia pula perlu disingkirkan. Ini bermaksud dalam menjayakan misi satu Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, kita seharusnya memilih pemimpin yang berbakti kepada raktyat Malaysia, mnjaga kepentingan rakyat itu sendiri. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berbilang kaum dan tidak boleh berlandaskan kepada satu kaum sahaja. Itulah yang baru dinamakan 'SATU MALAYSIA', selagi kita tidak membelakangkan Perlembagaan Malaysia.

Oleh yang demikian, saya amat menyokong penuh saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas konsep 'SATU MALAYSIA'. Saya juga berharap, tidak ada lagi pemimpin yang memperjuangkan sesuatu bangsa sahaja malah perbesarkan kepada seluruh bangsa agar rakyat dapat menikmati hidup yang selesa di Negara mereka sendiri tanpa rasa terpinggir dalam pembahgaiaan kekayaan Negara.

Salam