Wednesday, June 10, 2009

Berita menggembirakan


Hari ini sesuatu telah berlaku dan keputusan telah diambil dengan begitu drastik. Ia bukan lah sesuatu keputusan yang mengejutkan, sememangnya sudah dijangkakan dan ia suatu keputusan yang aku nanti-nantikan.

Mana tidaknya, sudah sekian lama aku menanti keputusan itu muncul akhirnya baru semalam aku dapat. Sebenarnya pelbagai cara sudah aku lakukan sehinggakan aku mulai bosan, akhirnya keputusan itu muncul hari ini.

Apa pun, itulah suatu keputusan yang paling menggembirakan aku. Aku amat bersyukur atas keputusan itu dan ia tidak lagi membebankan aku. Bolehlah aku pergi bercuti dengan tenang dan menikmati hidup yang aman dan damai :p