Baru-baru ini kita kedengaran akan 'Kerajaan Perpaduan' yang dicanang oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mana beliau merupakan Presdiden Pari Islam Semalaya (PAS). Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan oleh beliau tidak disenangi oleh beberapa pihak termasuklah pihak dalaman PAS, pihak dari parti DAP dan Pihak dari parti PKR, akan tetapi tidak pula kedengaran rasa tidak puashati dikalangan pihak UMNO malah Datuk Seri Najib sudah memaklumkan yang beliau bersikap terbuka dalam Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Preseiden PAS ini.
Terdetik di hati untuk bertanya, mengapa penyatuan ummah demi kebaikkan semua umat Islam tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak terutama orang islam sendiri?. Apa yang mereka cari?. Sememangnya kita dapat melihat mereka-mereka yang tidak menyokong untuk perpaduan ummah ini merupakan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan sendiri, mereka lebih pentingkan kedudukan dan wang mereka berbanding menyatukan ummah.
Saya lihat usaha murni Datuk Seri Haji Hadi Awang ini merupakan satu usaha yang murni yang ingin melihat umat Islam bersatu dengan mengenepikan fahaman politik. Justeru itu saya amat menyokong penuh akan 'Kerajaan Perpaduan' ini dan berharap agar ia dapat direalisasikan demi penyatuaan ummah yang sudah semakin terhakis akibat fahaman politik yang keterlaluan.
