Thursday, August 20, 2009

Manisnya Madu, Pahitnya hempedu


Madu lebah amat baik untuk kesihatan, kemanisan madu itu sememangnya asli tanpa ada bahan pengawet dan lain-lain. Rasanya amat sedap dan bisa dimakan begitu saja. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanh lah berkenaan dengan madu lebah tetapi hidup bermadu di dalam kehidupan rumahtangga.

Madu cukup terkenal dengan kemanisnya, tetapi adakah sama manisnya di dalam kehidupan bermadu?. Hidup bermadu ini kebiasaannya dikaitkan dengan 'si jelita' (perempuan). Siapa di kalangan kita (wanita) yang inginkan kehidupan bermadu?. Jika soalan ini diajukan kepada golongan wanita, sudah pasti jawapannya 'tidak'. Ada yang sanggup bercerai jika mereka dimadukan, ada pula yang sanggup melakukan apa saja demi tidak dimadukan oleh si suami.

Persoalan juga timbul di sini, pada lazimnya isteri no.1 atau isteri tua tidak akan pernah menginzinkan suaminya bernikah seorang lagi, ada yang sanggup mengatakan langkah mayat mereka dahulu jika si suami nak berkahwin satu lagi, tetapi yang anehnya apabila wanita yang hendak menjadi isteri no.2, mereka bisa menerima kehidupan bermadu walaupun pada suatu ketika dulu dia sendiri yang bermati-matian menentang poligami.

Lazimnya, kehidupan bermadu bukanlah sesuatu yang bisa membuatkan seseorang itu bisa tersenyum lebar dan bahagia sepanjang hayat mereka. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak kena dengan caranya. Permasalahan yang utama adalah sifat 'cemburu'. Bagaimanakah si isteri dapat mengelak dari perasaan cemburu ini?, di tambah pula ketidakpercayaan si isteri tua terhadap si suami yang sudah mula menunjukkan perubahan-perubahan yang ketara dari awal perkenalan mereka sehinggalah ke pernikahan untuk kali ke-2.

Si isteri tua akan memendam rasa dan mulalah berlaku pertikaian di antara suami dan si isteri tua dan di panjangkan rasa marah dan benci terhadap isteri ke-2. Hal ini merupakan kisah benar yang sering terjadi di dalam masyarakat kita. Ada segelintir daripada mereka yang mengikut ajaran Islam juga tewas kerana iman si suami yang tidak kuat dan tidak tegas dalam mendidik isteri-isteri mereka apatah lagi mereka-mereka yang di luar sana tidak ada didikan agama. Akhirnya kucar-kacirlah institusi kekeluargaan itu tadi.

Tidak salah untuk hidup bermadu jika aturan agama Islam menjadi tunjang. Si suami haruslah tegas dalam soal rumahtangga dan tidak boleh menipu dengan si isteri tua mahupun bakal isteri no.2. Sikap adil dan saksama perlu ada pada si suami dan yang penting didikan agama mestilah diberikan kepada isteri atau bakal isteri. Hal lain yang penting juga adalah dari segi kemampuan. Kemampuan ini bukan saja dari segi nafkah batin tetapi dari segi kewangan juga perlu kukuh. Semua ini merupakan aturan yang perlu diikuti oleh sang suami yang berkeinginan untuk bernikah lebih dari satu.

Apa pun tepuk dada tanya selera, banyak lagi yang perlu dikupaskan tetapi cukuplah sekadar asas saja yang saya berikan. Fikir dulu baik buruk sebelum menerima atau melakukan sesuatu, jangan nanti madu yang manis sudah menjadi pahit seperti hempedu dan pada ketika itu barulah hendak menyesal. Masa bercinta sememangnya enak belaka, keburukkan seseorang tidak akan nampak kerana kuasa cinta itu telah mengaburi pintu hati dan mata mereka. Renung-renungkan...

0 comments: