Sunday, August 2, 2009

'Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Merana'


Manusia ini ada pandainya dan ada juga kebodohannya, sama juga dengan kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada manusia itu sendiri. Ada sesetengah manusia mengganggap dirinya betul dan 'perfect' seperti tuhan yang tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Kebodohan manusia itu terserlah apabila membuat tuduhan dengan hanya mempercayai kata-kata orang tanpa melihat dengan mata kepalanya sendiri malah perkara yang telah lama berlaku sering kali diungkit dan dibawa ke masa hadapan.

Ada sesetengah daripada kita tidak menghormati hati dan perasaan orang lain dan mencari pasal tak tentu masa dengan orang di sekelilingnya. Mereka ini sememangnya takut dengan bayang-bayang mereka dan mereka juga tidak akan pernah hidup tenteram. Semua ini disebabkan pemikiran yang telah dicemari di tambah pula rasa takut dan syak wasangka dek kerana termakan kata-kata orang yang belum tentu ada sahihnya. Tidak semestinya apa yang dicakapkan atau apa yang dituliskan itu benar-benar terjadi.

Kita harus ingat, selagi tidak nampak dengan mata kepala kita sendiri maka ia bukanlah perkara yang sahih sepertimana yang difikirkan atau didengari dari mulut orang. Manusia yang jahat tidak akan menjadi jahat selamanya, manakala manusia yang baik tidak semestinya dia akan menjadi baik selamanya kerana manusia itu telah dikurniakan hati dan perasaan serta nafsu.

Apa pun tepuk dada tanya selera. Jangan lah kita menuduh orang dengan ikut naluri. Naluri tidak semestinya betul adakalanya salah. Kita juga tidak boleh menuduh orang dengan hanya mendegar kata-kata orang atau mempercayai apa pun selagi kita tidak nampak dengan mata kepala kita sendiri. Kita juga harus ingat yang kita juga bukan tuhan dan jadilah manusia yang sembah pada Allah dengan mempercayai apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadis, bukan mengikut kepercayaan sendiri.

Apa yang berlaku jadikan sebagai pengajaran, tutup mulut dari memburuk-burukkan orang atau memperkatakan sesuatu yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk di kemudian hari. Pepatah melayu ada mengatakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.

0 comments: