Malang sekali hal yang begitu kecil telah diperbesar-besarkan oleh akhbar dan segelintir masyarakat Malaysia yang tidak berakal. Hukuman sebat yang hendak dijalankan terhadap Kartika telah dipertikaikan oleh golongan yang naif ini. Kesalahan meminum minuman keras yang memabukkan adalah salah di sisi agama. Mengikut hukum Islam, seseorang itu boleh dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 hingga ke 80 kali sebatan tetapi Hakim Mahkamah Syariah Pahang telah pun menetapkan hukuman hanya sebanyak 8 sebatan sahaja, itu pun sebagai pengajaran buat diri Kartika mahupun orang ramai agar tidak mengulangi perbuatan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Apa yang menyedihkan terdapat golongan tertentu mempertikaikan hukuman tersebut dengan meletakkan pelbagai alasan agar kesalahan yang dilakukan oleh Kartika dapat dimaafkan, ia termasuk lah juga Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini seolah-olah menidakkan ajaran Islam. Ingin juga saya bertanya kepada mereka-mereka ini berkaitan kes tangkap khalwat. Mengapa mereka yang ditangkap khalwat tidak dilepaskan dan dimaafkan walaupun ia pertama kali dilakukan oleh pesalah?. Begitu juga dengan kes penangkapan mak nyah oleh jabatan agama. Mengapa tidak dimaafkan kerana mereka hanya melakukan sekali kesalahan?.
Bila tiba hal Kartika yang minum arak dan dijatuhkan hukuman sebat, masing-masing ingin tunjuk pandai dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berakal dan meminta mahkamah mempertimbangkan semula hukuman tersebut. Ada pula yang menyuruh memaafkan kesalahan tersebut kerana ia pertama kali dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Islam mengajar kita memaafkan sesama umat.
Ya, memang betul Islam menyuruh kita memaafkan umat tetapi Islam tidak menyuruh kita minum arak. Bagi saya Hakim Syariah telah menjalankan tanggungjawab dengan baik adil dalam menegakkan hukum Islam. Salah tetap salah dan mereka yang melakukan kesalahan harus di hukum dengan hukuman yang setimpal. Tidak ada bezanya pesalah sivil mahupun pesalah syariah. Jika pesalah syariah boleh dimaafkan mengapa tidak pesalah sivil?. Bagi hal Kartika, hukuman sebat sebanyak 8 kali sebatan adalah berpatutan dan ia hanya untuk pengajaran buat diri dia dan orang ramai agar umat Islam di Negara ini tidak mengikut langkah Kartika. Jika diikutkan Kartika harus menerima hukuman sebatan sebanyak 40 hingga ke 80 kali.
Tugas mendidik cara Islam ini tidak perlulah sesiapa pun nak pertikaikan, biarlah mereka yang bijak pandai melakukannya bagi tujuan mendidik agar kesalahan itu tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua umat Islam di Malaysia. Kita harus ingat, mungkin kita akan lepas hukuman di dunia, tetapi apabila di akhirat nanti Hukuman Allah tidak boleh kita elak. Saya berharap nanti, Tun Mahathir dan orang-orang yang mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Kartika agar syorkan kepada Allah supaya memafkan umat Islam yang minum arak. Lihat apa yang Allah akan lakukan. Janji Allah adalah tepat dan tidak boleh diubah, barang siapa yang melakukan kesalahan hendaklah segera bertaubat pada Allah jika tidak terimalah azab sengsara api Neraka.
Kepada Kartika, anda sepatutnya tutup mulut dan tidak perlu bersuara, anda sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah dan tidak perlu meyuruh mahkamah mempercepatkan hukuman dan sebagainya! dan tidak perlulah mengunakan saluran akhbar untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah anda mencabar hukum Islam!.
0 comments:
Post a Comment