Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir


Kekalahan BN di DUN Permatang Pasir memang sudah dijangkakan. Bagi saya, banyak faktor yang menjadi punca kekalahan BN di DUN tersebut. Berikut senarai punca-punca yang menyebabkan kekalahan BN di DUN Permatang Pasir.

1. Calon yang diletakkan merupakan calon yang tidak disenangi atau dengan erti kata lain calon yang jarang nampak batang hidung di kawasan sendiri.

2. Calon yang diletakkan merupakan calon yang tidak mempunyai latarbelakang yang baik atau dengan erti kata lain calon yang memunyai rekod yang tidak begitu baik.

3. Calon yang diletakkan merupakan calon 'goreng pisang panas' atau dengan erti kata lain calon yang muncul hanya pada waktu nak menjelangnya pilihanraya.

4. Calon yang diletakkan merupakan calon yang tidak mempunyai standard atau piawaian yang ditetapkan atau dengan erti kata lain calon yang tidak profesional dan celik akal. Jika celik akal sekali pun ia akan menggunakannya untuk untuk tujuan mengaut keuntungan bagi diri sendiri.

Itu baru sahaja senarai masalah yang berkenaan dengan calon, belum lagi saya sentuh hal-hal berkaitan dengan gerak kerja dan jentera pilihanraya, begitu juga dengan parti yang diwakili oleh calon tersebut. Apa yang boleh dikatakan secara kesimpulan, parti dan calon itu sendiri sebenarnya tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai wakil yang mewakili rakyat. Dalilnya, jika parti yang benar-benar ikhlas yang hendak membantu rakyat maka carilah calon sepertimana yang disarankan di dalam Islam.

Persoalannya, sejauh mana keikhlasan parti-parti politik yang terdapat di dalam Malaysia dalam meletakkan calon-calon mereka?. Tidak kira lah sama ada ia terdiri dari parti BN, DAP, mahupun PKR. Semua sama saja. Mereka ini merupakan pelakon di pentas politik, hanya tahu bercakap tapi tak tahu nak buat. Tambahan pula penyokong masing-masing terlalu taksub dengan parti-parti yang diwakili oleh mereka. Ingatlah, jika kita menyokong calon yang menyimpang dari ajaran Islam, ia merupakan satu dosa dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang menolak Islam. Orang yang menolak Islam tidak akan diterima di sisi Allah.

Ingin saya bertanya, mengapa calon-calon yang hendak diletakkan semasa pilihanraya nanti tidak diletakkan seawal yang mungkin. Sebagai contoh, pilihanraya ke-13 mungkin akan diadakan pada akhir 2012 atau 2013, mengapa tidak memperkenalkan calon-calon bagi DUN dan Parlimen pada hari ini?, agar calon tersebut boleh mulakan aktiviti suai kenal dan menjalankan tanggungjawab mereka bukan sahaja di waktu nak menjelang pilihanraya tetapi setiap masa.

Ia juga dapat membuatkan rakyat menilai calon tersebut dan ini terserah pada calon itu sendiri jika dia hendak memenangi pilihanraya itu maka dia harus memenangi hati rakyat dan perlu sentiasa turun padang untuk berada dekat dengan rakyat. Jika tidak, masa menjelang pilihanraya nanti terima saja kekalahan calon tersebut akibat sikap dia yang begitu pentingkan diri sendiri.

Ada orang kata hal sebegini perlukan banyak wang dan tenaga. Apakah benar untuk mendekatkan diri kita dengan rakyat perlukan wang berjuta ringgit?. Sebenarnya tidak benar, cukuplah sekadar datang ke rumah bertanya khabar, menghadiri majlis-majlis yang dibuat oleh rakyat di kawasan yang mereka wakili. Hal ini lebih dihargai berbanding dengan memberikan duit semasa menjelang pilihanraya.

Kemudian, kita haruslah gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah bukan gunakan duit untuk mengumpan atau memenangi hati rakyat. Jika terdapat kekurangan di dalam kawasan tersebut maka calon itu perlu berusaha dengan parti yang diwakilinya untuk membuat satu budget bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki di kawasan yang mereka wakili.

Sebenarnya tidak ada alasan untuk mengatakan tidak, manusia yang banyak memberi alasan merupakan manusia itu tidak ikhlas dan takut menghadapi cabaran dan boleh digelarkan sebagai seorang yang pengecut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Salam Hormat

P/s :- Untuk tatapan abang saya Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang). Jadilah Ketua Pemuda Negeri yang banyak berjasa kepada rakyat dan lakukan dengan seikhlas yang mungkin. Orang yang ikhlas keuntungan dia lebih besar dari orang yang duduk atas jawatan tinggi yang mengaut keuntungan hasil mencuri duit rakyat.

0 comments: