Sunday, August 30, 2009

Rahsia di Sebalik Kebenaran


Setiap kejayaan sudah pasti ada rahsia di sebaliknya, begitu juga dengan kalimah suci Allah setiap ayat di dalam Al-Quran sudah pasti ada kebaikkan, kehebatan dan hikmah di sebaliknya. Boleh dikatakan apa jua yang berlaku sudah pasti ada rahsia di sebaliknya.

Penulisan Rahsia di Sebalik Kebenaran akan menyingkap 1001 rahsia berkenaan orang yang rapat dan aku sayang yang berada di sekeliling ku. Mungkin ada yang kita tidak tahu dan ada yang kita tahu, tetapi cerita yang hendak disampaikan ini merupakan kisah yang benar yang sudah pasti menjadi rahsia yang tidak ramai yang tahu.

Rozita Bte Abdullah

Ibuku merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ayah ku merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bercerita tentang Ibuku, aku bersyukur kerana telah dikurniakan seorang Ibu yang cukup baik dan sempurna. Ibuku dilahirkan dan dibesarkan di Kg.Pandan Kuala Lumpur. Mempunyai 8 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke-6. Ibuku berbangsa 'Punjabi' dan berketurunan 'Singh'. Nama sebenar Ibuku adalah Cital Kaur a/p Ishar Singh. Lahir dalam keluarga yang susah.

Ibuku memeluk Islam pada usia 16 tahun apabila bernikah dengan ayahku. Ibuku merupakan seorang yang garang, kegarangan ibuku terserlah apabila beliau mendidik kesemua anaknya ala tentera. Anda namakan alat apa yang tidak pernah hinggap di badan kami adik beradik, boleh dikatakan kesemuanya sudah kami rasa. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kegarangan Ibuku, suatu hari duit syiling RM0.10 telah hilang di tempat yang Ibuku letakkan, dan apabila Ibuku sedar akan kehilangan duit itu maka apa lagi, semua adik beradik dipanggilnya dan anda tahu apa yang dibuat oleh Ibuku?. Dia meyuruh kakak aku atau abang aku pergi mengambil rehal (tempat letak Al-Quran) dan tukul besi.

Kemudian diletakkan rehal (tanpa membukanya) di atas lantai dan menyuruh kami adik-beradik beratur mengikut urutan yang tua ke muda. Apa yang Ibuku lakukan dengan tukul besi?. Disuruhnya kami semua letakkan 10 jari di atas rehal dan diketuknya jari kami adik-beradik satu persatu sehingga bengkaklah kesemua jari jemari. Ibuku tidak akan berhenti begitu sahaja sehingga ada yang mengaku yang mengambil duit tersebut. Adik aku cukup bernasib baik kerana masih kecil dan aku yang tidak tahan dengan ketukan tersebut terpaksa mengaku walaupun aku tidak mengambilnya.

Bayangkan betapa garangnya Ibuku. Sebenarnya aku amat berbangga dengan kegarangan Ibuku kerana itulah kami adik beradik menjadi orang yang berguna. Sehingga ke hari ini aku takut untuk mengambil barang kepunyaan orang tanpa izin apatah lagi kalau nak mencuri. Jika tidak kerana kegarangan Ibuku, belum tentu kami adik beradik akan berada di tahap yang cemerlang pada hari ini. Itulah serba sedikit berkenaan Ibuku, apa yang boleh aku katakan berkenaan dengan Ibuku, beliau seorang 'wanita besi' dan 'berjiwa kental'. Dari seorang berketurunan singh sehinggalah dia memeluk Islam dugaan yang beliau hadapi cukup mencabar tetapi beliau sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. Beliau juga sanggup melakukan apa saja demi anak-anak beliau. You're the best mom ever. No one can replace you. Berikut yang hendak aku ceritakan adalah berkenaan dengan adik beradik ku. Aku mulakan dengan yang sulung terlebih dahulu.

Norrohazawati Bte Zahalan

Kakak ku, Norrohazawati Zahalan merupakan anak yang sulung. Nama kakak ku telah diberikan oleh ayahku di mana nama tersebut merupakan gabungan nama isteri-isteri dan nama ayah ku. 'Nor' adalah cahaya, 'Ro' merupakan nama pangkal ibuku iaitu 'Ro'zita, 'Ha' merupakan nama pangkal isteri ayah ku yang pertama iaitu 'Ha'midah dan 'Za' meruapakan nama pangkal ayah ku iaitu 'Za'halan, dan wati merupakan nama yang telah diberikan oleh ayahku sendiri.

Seorang kakak yang cukup bertanggungjawab terhadap adik-adik. Satu-satunya anak perempuan dalam keluargaku, oleh itu dia seringlah ke dapur membantu Ibuku memasak walaupun dia sebenarnya tidak tahu sangat memasak. Kakak ku suka berkawan dan mudah mesra dengan semua orang, sebab itulah dia mempunyai ramai kawan. Kakak aku ni pernah menjadi peragawati suatu ketika dulu semasa zaman remajanya. Pernah gambarnya terpampang di dada akhbar dan pada ketika itu Ibuku memarahinya kerana gambar yang keluar di akhbar tu terlalu seksi dan aku pasti hal ini tidak dapat dilupakan oleh kakak ku sendiri.

Untuk makluman semua kakak aku ni seorang yang hebat. Mengapa aku katakan beliau seorang yang hebat?, kerana beliau mewarisi kecantikan Ibuku. Mana tidaknya, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan bernikah dengan orang lain. Hmmm.. itulah kakak aku. Kakak aku ini sebenarnya hendak diambil oleh Tengku Sulaiman kerabat di raja Selangor yang merupakan kawan rapat ayahku untuk dijadikan anak angkat, tetapi telah dihalang oleh Ibuku. Kehebatan beliau turut terselah apabila tibanya peperiksaan SPM yang sebenar, habis semua kain (pakaian sekolah) ditulisnya 'note' yang penting untuk beliau meniru di waktu peperiksaan nanti. Hahaha.. tetapi aku tidak pasti sama ada beliau dapat meniru atau tidak. Apa pun beliau merupakan seorang yang bijak dan berjaya. Beliau juga merupakan seorang yang pandai merebut peluang yang ada.

Ada sebuah kisah yang aku pasti dia dan adik beradik lain tidak dapat lupakan. Semasa kami semua kecil (budak-budak) Ibu kami ketika itu telah menjadi ibu tunggal, kakak aku telah mengajak aku dan abang aku pergi ke rumah kawan dia di Taman Melur (aku lupa nama kawan dia) dan pada ketika itu adik bongsu kami sedang tidur. Nak tak nak kami pergi dan membiarkan adik kami tidur dan menguncinya di dalam rumah (ketika itu adik kami berumur sekitar 1 tahun). Kalau tidak silap kawan kakak aku tu tiada di rumah jadi kami pun tidaklah terus balik dan kami bermain-main dahulu. Setelah semua leka bermain maka salah seorang daripada kami teringatlah akan adik aku yang berada di rumah. Maka dengan itu kami semua cepat-cepat pulang. Apabila sampainya kami di rumah, setelah membuka pintu maka terlihat adikku yang sudah pun bagun dan melepaskan hajat di merata tempat di ruang tamu. Kami semua tergelak besar dan dalam pada masa yang sama takut diketahui oleh Ibuku. Apa lagi kakak aku lah yang menjadi tukang bersihnya. Hahaha.. Semua ini menjadi kenangan yang pasti aku dan adik beradik yang lain tidak dapat melupakannya. Banyak lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Sekarang beliau telah pun berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Suami beliau merupakan seorang lelaki yang baik walaupun suami beliau tidaklah sekaya mana pun tetapi atas dasar cinta mereka telah disatukan dalam majlis pernikahan yang cukup gah tetapi telah ditentang oleh ayahku pada awal perkenalan mereka. Apa pun kehidupan mereka sekarang bahagia dan ayahku menerimanya dengan hati yang terbuka.

Norahmadrizan Bin Zahalan

Nama abang aku ini juga telah diberikan oleh ayahku. Merupakan anak ke-2 dan anak lelaki yang sulung. Semasa zaman remaja beliau, dia seorang 'playboy'. Ramai awek-awek tergila-gila dekat abang aku ni. Pada suatu hari semasa hari raya di zaman sekolah menengah beliau, beliau mempunyai seorang awek 'mat salleh' dan pada ketika itu minah salleh ni nak datang beraya di rumah, kalian tahu tak apa yang dipakai oleh minah salleh ni untuk datang beraya ke rumah?, hanya tiub dan skirt pendek tetapi telah dihalang oleh abang aku kerana pada ketika itu Ibuku teramat garang dan takutkan Ibuku maka tidak jadilah membawa minah salleh ni datang beraya di rumah. Hehehe..

Aku dan abang aku dari kecil kerap bertelagah, ada saja perkara yang kami gaduhkan. Pada satu hari balik dari sekolah rendah, semasa waktu mahgrib hendak masuk ke pintu rumah aku telah bergaduh dengan abang aku dan pada ketika itu aku sedang memegang beg plastik di mana di dalamnya terisi gunting. Apa lagi aku hayun beg plastik itu ke kepala abang aku dan gunting tu terkena di kepalanya dan tidak diduga kepala abangku berdarah lalu aku pun berlari masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik lalu menguncikan diri kerana takutkan Ibuku.

Banyak lagi perkara-perkara yang dahsyat berlaku antara aku dengan abang aku. Pernah juga dia mengambil batu batu lalu menghentak ke kepala aku sehingga batu bata itu terbahagi dua. hehehe.. aku tidak terasa sakit pun kerana pada waktu kecil aku kuat menghentakkan kepala aku di pintu almari. Apa yang boleh dikatakan berkenaan dengan abang aku ini semasa zaman kanak-kanak dan remaja beliau merupakan seorang yang nakal, tetapi tidaklah jahat. Nasib beliau tidaklah seperti kakak aku di mana dapat membina empayar dan kedudukan kewangan yang kukuh. Sekarang beliau telah beralih arah dan menjadi seorang tabligh dan kerap keluar selama 40 hari untuk menyebarkan syiar Islam dan telah pun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 4 orang anak yang cukup nakal.

Nur Muhammad Hadi Bin Zahalan

Nama ini juga diberikan oleh ayah aku semperna nama salasilah 'Tok guru' silat ayah aku, iaitu Tok Panglima Hadi. Hadi merupakan adik bongsu aku. Adik aku ini dari kecil sehingga besar tidak pernah dibelasah oleh Ibuku tetapi dia sering dibelasah oleh aku. Pernah suatu masa aku menendang perutnya sehingga dia senak yang teramat sangat dan aku mula cuak. Semasa kecil sehingga remaja adik aku ini kuat menangis, kami adik beradik sering memarahi beliau dan berkata 'kau ni macam pondan', mana tidaknya sikit-sikit je nak nangis, kemudian mengadu kat Ibuku.

Adik aku ini merupakan anak kesayangan Ibuku, biasalah anak bongsulah katakan, sehinggalah ke hari ini. Tetapi pada masa yang sama sering melukakan hati Ibuku. Adik aku satu-satunya yang mendapat pendidikan yang paling tinggi, sekarang beliau masih dalam peringkat Phd aliran Pengajian Islam di Morocco. Sudah pun berkahwin dengan orang sana dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan pada masa yang sama ayah aku tidak tahu akan perkahwinan beliau takut nanti tidak dapat duit belanja. Apa pun aku amat berharap agar dia dapat mengambil alih tugas menjaga Ibuku setelah aku tiada nanti.

Keluarga Mustapha Bin Kassim
(keluarga angkat aku)

Mustapha Kassim & Siti Zaidah

Merupakan ayah dan ibu angkat aku, aku mengenali mereka ini melalui anak mereka iaitu Ahmad Ariffin Mustapha sejak tahun 2003 lagi. Mereka berdua ini merupakan insan yang baik hati dan sering membantu orang dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Kehidupan mereka cukup sederhana, berjimat cermat dan pandai mencari peluang yang ada. Aku menyayangi mereka seperti aku menyayangi Ibuku sendiri.

Ibu angkat aku sering melahirkan perasaan terhadap anak-anaknya kepada aku. Cuma apa yang boleh aku katakan Ibu angkat aku ini cukup menyayangi kesemua anak-anak beliau terutama Alhamdura (Kak Nora). Pernah suatu hari Ibu angkat aku menghubungi aku dan menangis mengadu masalah yang menimpa Kak Nora dan kerana sayangkan Kak Nora, Ibu angkat aku meminta aku supaya 'tengok-tengokkannya'. Kak Nora ini merupakan Ibu tunggal juga dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ainul Fatihah. Boleh dikatakan apa jua yang hendak dilakukan oleh Ibu angkat aku, beliau akan menghubungi aku untuk meminta pendapat terlebih dahulu.

Baru-baru ini Ibu angkat aku didapati menghidap penyakit kanser pangkal rahim. Alhamdulillah beliau selamat menjalani rawatan dan sekarang keadaan beliau bertambah baik dan masih lagi memerlukan rawatan susulan seperti pengambilan ubat-ubatan dan berjumpa dengan doktor setiap 3 bulan sekali. Pada masa yang sama aku melihat kesemua anak-anak Ibu angkat aku ini memainkan peranan masing-masing dengan membantu dan menjaga Ibu angkat aku ini. Alhamdulillah juga Allah telah mengurniakan anak yang soleh buat Ibu angkat aku tetapi pada masa yang sama ada di antara mereka yang tidak mendengar kata dan masih melukakan hati Ibu mereka.

Ahmad Ariffin Bin Mustapha

Seorang manusia yang teramat baik yang pernah aku jumpa. Seorang yang berjiwa kental, tabah dan sabar dalam apa jua masalah yang datang. Aku mengenali beliau sejak di zaman UiTM lagi semasa itu beliau mengikuti bidang perhotelan. Pada awalnya aku tidak lah serapat mana pun dan hanya bertegur sapa. Semasa di UiTM beliau tidak pernah dibuli oleh sesiapa dan mempunyai kawan yang cukup ramai. Semasa bulan puasa beliau sering ke Masjid untuk berbuka puasa di sana kerana mempunyai masalah kewangan dan jangan terkejut, makanan yang menjadi teman rapat beliau adalah maggie.

Pada awal 2003 barulah aku berkawan rapat dengan beliau, aku meminta bantuan beliau untuk menguruskan syarikat aku di mana syarikat aku menjalankan aktiviti hiburan. Banyak tempahan untuk majlis harijadi orang kenamaan dan acara-acara lain sehinggalah aku dapat projek 'company outing' dari syarikat kakak aku. Perniagaan yang aku jalankan telah membawa aku dan ipin menjadi semakin rapat kerana kejujuran dan amanah yang diberikan berjaya dilunaskan oleh ipin.

Keakraban kami bertambah apabila aku mengenali seluruh keluarga ipin di mana ibu dan ayah beliau merupakan Ibu dan ayah angkat aku. Apa yang boleh aku katakan terhadap ipin, dia seorang yang suka membantu orang, boleh dikatakan semua kawannya yang bermasalah dari segi kewangan akan dibantunya. Ipin juga banyak membantu aku dari dulu sampailah sekarang. Aku bersyukur pada Allah kerana memberikan aku kawan yang berhati mulia walaupun banyak tomahan dan fitnah yang datang tetapi ipin tidak mempedulikannya. Ipin pernah berkata 'biarlah apa pun orang hendak cakapkan, nanti mereka dapatlah balasannya'. Baru-baru ini pernah aku menumbuk muka seseorang sehingga matanya bengkak kerana mengatakan bahawa ipin sememangnya bodoh. Nasib baik juga ipin menghalang aku jika tidak aku pasti bertambah teruk lagi manusia itu.

Aku juga kerap pergi bercuti bersama dengan ipin. Banyak negara dan tempat-tempat yang telah kami lawati, insya Allah jika kesihatan aku mengizinkan tahun depan aku dan ipin akan mengerjakan umrah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu ipin sebenarnya banyak membantu aku dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran dan berurusan dengan bank. Begitu juga dengan hal-hal kesihatan aku. Memang tidak dapat dinafikan ipin juga banyak mengubah cara hidup aku seperti panas baran, ego dan sebagainya.

Sekarang aku akui tidak ada seorang pun kawan yang boleh aku banggakan selain daripada ipin. Kawan yang aku ada hanyalah kawan semasa gembira tetapi di kala aku terlantar sakit hanya ipin yang berada di sisi aku menjaga makan minum aku dan ubat-ubatan aku. Aku tidak lagi selincah dahulu dan tidak lagi mempunyai kekuatan dan hanya menanti masa yang akan datang pada bila-bila masa.

Cuma aku berharap dan berdoa agar kebaikkan ipin di dunia ini akan dibalas oleh Allah di akhirat nanti. Semoga ipin dipercepatkan jodoh dan dapat membina rumahtangga yang bahagia. Kepada mereka yang berfikiran negatif dan membuat pelbagai andaian dan menabur fitnah terhadap aku dan ipin, aku tidak akan memaafkan dunia akhirat sehinggalah mereka datang dan akui kesilapan yang telah mereka lakukan.

Azhar Kassim & Ika Liana

Azhar atau panggilan aku terhadapnya 'Along'. Along merupakan seorang graduan MIT. Seorang lelaki yang baik dan taat pada orang tua. Banyak membantu adik beradiknya. Along juga merupakan Timbalan Pengerusi dalam Yayasan Rhaudatul Ulum yang aku dan dia bina bagi membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan. Seperti ipin juga, Along merupakan seorang yang jujur dan amanah. Pada ketika ini beliau telah menjalankan tugas yang baik dalam menggantikan tempat aku dalam Yayasan. Amanah yang aku berikan tidak pernah diabaikan oleh along.

Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, isteri beliau seorang guru dan aku memanggilnya dengan panggilan 'Kak Long'. Aku tidak begitu rapat dengan Kak Long tetapi apa yang boleh aku katakan beliau merupakan seorang yang baik.

Alhamdura Bte Mustapha

Merupakan seorang wanita yang cekal, aku memanggilnya dengan panggilan 'Kak Nora'. Seorang yang kuat semangat, telah pun berkahwin dan gagal dalam rumahtangga dan kini bergelar ibu tunggal. Aku tidak banyak perkara untuk aku katakan berkenaan Kak Nora tetapi apa yang boleh aku katakan, mak sememangnya sayangkan dia dan akan melakukan apa saja demi kebahagiaan dia, tidak ada seorang ibu yang sanggup melihat keperitan dan kepayahan anak dia apatah lagi jika anak itu tidak mendegar kata.

Azimah & Bakhtiar

Aku memanggilnya dengan panggilan 'Imah', tidak banyak perkara yang boleh aku katakan. Cuma aku doakan agar imah dan bahktiar dapat menimang cahaya mata.

Saharil & Lela

Aku mengenali lela melalui ipin juga di mana pada ketika itu ipin dan lela bekerja di Celcom. Ketika itu lela masih bujang tetapi dah bertunang dengan saharil. Mereka berdua merupakan kawan yang baik sehinggalah ke hari ini. Satu-satunya kawan yang menitiskan air mata apabila mengetahui masalah yang aku hadapi. Perkataan yang tidak dapat aku lupakan yang terkeluar dari mulut saharil adalah 'Man bagitau apa yang boleh saya bantu'. Inilah yang dikatakan kawan. Aku menganggap mereka seperti adik beradik ku sendiri.

Mereka tidak berpura-pura seperti kebanyakkan kawan-kawan ku. Mereka juga tidak kedekut dari segi kewangan tetapi aku tidak pernah menyusahkan mereka, mereka terlalu baik dan aku amat menghormati mereka walaupun pernah satu ketika dulu terdapat perselisihan faham. Aku juga mendoakan agar mereka dapat menempuh kejayaan dunia dan akhirat dan dapat berbakti pada orang yang memerlukan. Semoga hubungan mereka suami isteri kekal hingga ke akhir hayat dan mendapat lebih zuriat.

Ain

Ain juga kenalan rapat ipin dan lela ketika di Celcom dan merupakan kawan aku juga. Walaupun aku tidak pernah bekerja dengan Celcom tetapi aku mengenali beliau melalui ipin. Seorang yang tabah dan sabar serta setia pada kekasih walaupun diperlakukan apa pun. Ain juga merupakan seorang yang tidak berpura-pura. Seorang yang baik hati dan mempunyai suara yang lemak merdu. Sehingga kini aku masih lagi berhubung dan berkawan dengannya. Apa pun aku juga mendoakan agar dia ditemukan dengan seseorang yang boleh menghargai diri dia.

Dylla

Seorang wanita yang memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan menjaga ibu dan adik beliau. Seorang yang berjiwa kental walaupun kadang-kadang hati beliau terkilan dengan usikan masyarakat terhadap bentuk fizikal dirinya. Seorang yang tabah dan sabar dan baik hati. Tidak suka mencampuri urusan orang lain. Banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa.

Beliau merupakan kawan yang pada suatu ketika dahulu agak rapat tetapi terdapat perselisihan faham dan beliau akuinya begitu juga dengan aku dan perkara itu tidak dijadikan alasan untuk aku dan dia terus menjadi kawan dan bulan januari ini aku, ipin dan dylla akan ke bali untuk pergi bercuti. Apa pun aku berharap agar dia terus sabar dan tabah dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan ujian. Semoga beliau ditemukan jodoh dengan orang yang boleh menyayangi beliau dengan seikhlasnya.

Keluarga Dato' Harun & Datin Shamsiah

Merupakan keluarga angkat aku juga dan aku mengenali rapat 2 orang anak mereka iaitu Norly dan Kak Shila. Aku memanggil Dato dan Datin dengan panggilan 'Abah' dan 'Mama'. Mereka terdiri dari keluarga yang baik walaupun terkilan dengan sifat anak-anak yang tidak menghormati mereka.

Aku agak rapat dengan abah dan mama sehinggakan pelbagai masalah anak-anak mereka diadukan kepadaku. Apa pun aku berharap agar anak-anak mereka semua sedar dan menghormati ibu bapa mereka serta menyayangi mereka lebih dari segala-galanya. Beberapa bulan lepas aku mendapat panggilan mengatakan yang abah jatuh dari escolator di Amcorp Mall dan keadaan abah agak teruk juga. Aku tidak berkesempatan untuk datang melawat kerana masalah kesihatan. Apa pun Aku doakan agar abah sembuh dan sihat walafiat.

Norly dan Kak Shila merupakan orang yang baik dan tidak bermuka-muka. Mereka ini cukup rapat dengan ku walaupun tidak bersua muka tetapi perhubungan itu tidak terputus begitu saja. Mereka kerap berhubung denganku melalui 'facebook', kepada Kak Shila aku berharap agar beliau tabah dan sabar dalam menghadapi ujian. Norly tidak banyak yang boleh aku katakan cuma berhati-hati dengan kawan-kawan di pejabat.

Itulah kawan-kawanku dan yang lain yang tidak aku sebutkan juga merupakan kawan dan kenalan aku cuma aku tidak berkesempatan untuk bercerita di sini ia termasuk lah keluarga Haji Mohamad, Warga kerja Yayasan Rhaudatul Ulum, Mazlan dan lain-lain. Apa pun aku doakan semoga kalian semua mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Salam Hormat.

0 comments: