1. Siapa yang tak kenal dengan pertubuhan OIC?. Pertubuhan yang ke-2 terbesar dunia selepas United Nation (UN). Terdiri daripada 57 buah Negara Islam yang menganggotai pertubuhan ini. OIC ditubuhkan pada satu persidangan yang telah diadakan di Rabat, Kingdom of Morocco pada 25hb September, 1969 atas dasar jenayah terhadap Masjid Al-Aqsar di jerusalem dan pada tahun 1970 persidangan pertama telah diadakan di Jeddah. 2. Salah satu objektif pertubuhan ini diwujudkan adalah bagi menjaga keamanan negara-negara Islam dan sebagainya berkaitan dengan ekonomi dan Agama Islam itu sendiri. 3. Malangnya apa yang kita lihat pada hari ini, Sebuah pertubuhan ke-2 terbesar yang mempunyai kuasa muktlak bagi menjaga negara-negara Islam tidak dapat memainkan peranan yang penting dalam isu Palestin dan isu-isu yang melibatkan kebencian yahudi terhadap orang Islam di seluruh dunia. 4. Pertubuhan ini amat menjijikkan kerana anggotanya yang terdiri daripada 57 buah Negara tidak dapat melakukan apa-apa. Mengapa boleh jadi sebegini?, tidak lain tidak bukan mereka ini hanyalah mencari keuntungan semata-mata dan mereka lebih mementingkan kedudukan mereka sahaja. 5. Mereka alpa dengan kuasa minyak dan kekayaan hasil bumi yang mereka perolehi sehinggakan mereka sanggup mengadaikan nyawa orang-orang Islam seluruh dunia dan mereka juga sanggup menutup mata dan pekakkan telinga berkenaan isu-isu umat Islam yang ditindas oleh yahudi. Negara-negara arab tidak akan pernah untuk bersatu dalam menangani apa jua isu berkenaan dengan umat Islam. 6. Mereka inilah sebenarnya dalang yang menghancurkan umat Islam di seluruh dunia, mana tidaknya jika mereka benar-benar ingin memperjuangkan Islam sudah lama mereka bertegas dan keluarkan satu resolusi terhadap negara-negara barat yang menindas umat Islam terutama berkenaan isu Palestin. Jangan kita tidak tahu, sebenarnya ekonomi Islamlah yang menggerakkan ekonomi dunia. 7. Apa pun, pertubuhan 'Oh I see' ini seharusnya dibubarkan sahaja, kewujudan 'Oh I see' hanyalah sekadar badut yang digerakkan oleh orang yahudi!. Objektif dan matlamat pertubuhan ini sudah tidak lagi berada di landasan yang sebenar.
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment