Monday, October 12, 2009

Apa kata Horoskop ku?.

Taurus Jantan
Kamu menikmati hasrat yang dimiliki. Muzik lembut, lampu yang redup dan jus buah adalah keharusan. Kamu menyukai dikelilingi oleh objek cantik dan kamu mengharapkan kualiti di dalam setiap aspek kehidupan, termasuk wanita. Kamu tidak menyukai wanita yang menghabiskan waktumu. Jika calon pasangan mahu dengan kamu harusnya mereka tidak memerlukan waktu lama untuk memutuskan. Kamu sabar tapi kemungkinan kamu akan tertidur jika dia tidak ambil tindakan. Kamu tidak menyukai pasangan yang membantah kamu, kerana memang mereka tidak mungkin menang. Kamu juga menghindari wanita yang sukar dikejar, itu adalah permainan yang tidak mahu kamu mainkan. Kamu adalah individu yang menyukai fizik, kehijauan, menyukai makanan, minum dan wanita. Ketika kamu mengajak seseorang kamu mahu setiap wang yang dikeluarkan akan bermakna dan kamu mengharapkan pasangan memperlakukan kamu dengan baik. Kamu tegas, emosional dan sangat menyukai seks.
Pasangan Taurus

Pasangan kamu harus melakukan pendekatan dengan urutan yang benar untuk memenangkan hatimu. Kamu mencintai masakan lazat dan anggur yang enak rasanya. Jalan menuju hatimu pastinya adalah melalui perutmu. Kamu paling tidak suka dengan orang yang suka berbohong. Kamu suka dikagumi dan akan respon jika kekasih kamu memberi inspirasi.

0 comments: