"Taj, bangun.. Sarapanmu sudah mak siapkan di atas meja."
Tradisi ini sudah berlangsung 29 tahun, sejak pertama kali aku
mengingatinya tapi kebiasaan ibu tak pernah berubah.
"Mak sayang, tak perlu susah-susah mak, saya dah dewasa." pintaku pada
ibuku pada suatu pagi. Wajah tua itu terus berubah.
Pun ketika ibu mengajakku makan tengahari di sebuah restoran. Cepat-cepat
aku keluarkan wang dan ku bayar semuanya, ingin ku balas jasa ibuku selama
ini dengan hasil keringatku.. Raut sedih itu tak boleh disembunyikan oleh ibuku.
Kenapa mak mudah sekali sedih? Aku hanya boleh meneka, mungkin
sekarang rasanya aku mengalami kesulitan untuk memahami ibuku kerana dari
sebuah artikel yang aku baca, orang yang lanjut usia kebiasaannya sangat sensitif dan
cenderung ke arah sikap keanak-anakan, tapi entahlah.. Niatku ingin
membahagiakan malah membuat ibuku sedih.
Seperti biasa, ibuku tidak pernah mengatakan apa-apa.
Suatu hari ku beranikan diri untuk bertanya "Mak, maafkan saya kalau telah
menyakiti perasaan mak. Apa yang buatkan mak sedih?"
Kutatap tepat ke mata ibuku, ada linangan air mata di sana.
Lalu ibuku berkata, "Tiba-tiba mak merasa kalian tidak lagi
memerlukan mak. Kamu sudah dewasa, sudah boleh hidup sendiri.
Mak tidak boleh lagi menyiapkan sarapan untuk kamu, mak tidak boleh
lagi menyiapkan kamu. Semua sudah boleh kamu lakukan sendiri".
Ah, Ya Tuhan, ternyata buat seorang Ibu.. bersusah payah melayani
putera-puterinya merupakan sebuah kebahagiaan. Satu hal yang tak pernah
ku sedari sebelum ini. Niat untuk membahagiakan, malah membuat ibu
menjadi sedih kerana kita tidak berusaha untuk saling membuka diri melihat erti
kebahagiaan dari sudut pandangan masing-masing.
Diam-diam aku renungkan. Apa yang telah kupersembahkan untuk ibuku dalam
usiaku sekarang? Adakah ibuku bahagia dan bangga pada diriku?
Ketika itu kutanya pada ibuku. Ibuku menjawab "Banyak sekali
kebahagiaan yang telah kamu berikan pada mak. Kamu membesar sihat
dan lucu ketika bayi merupakan kebahagiaan. Prestasi kamu di sekolah
adalah kebanggaan buat mak. Setelah dewasa, kamu berperilaku sebagaimana
seharusnya seorang hamba, itu kebahagiaan buat mama.
Setiap kali sinar mata kamu mengisyaratkan kebahagiaan di situlah kebahagiaan mak."
Lagi-lagi aku hanya boleh berucap "Ampunkan aku Ya Allah kalau selama ini
sedikit sekali ketulusan yang kuberikan kepada ibuku.
Masih banyak alasan ketika ibuku menginginkan sesuatu." Betapa sabarnya
ibuku melalui liku-liku kehidupan.
Ibuku seorang yang idealis, menata keluarga, merawat dan mendidik
anak-anak adalah hak prerogatif seorang ibu yang takkan boleh
dilimpahkan kepada sesiapapun. Ah, maafkan aku Ibu..... 18 jam sehari sebagai
"pekerja" seakan tak pernah membuat ibuku penat. Sanggupkah aku Ya
Allah?.
--- +++ ---
"Taj, bangun nak.. sarapan sudah mak siapkan di meja.. "
Kali ini aku melompat segera.. kubuka pintu kamar dan kupeluk ibuku seeratnya, ku cium pipinya, kutatap matanya dekat-dekat
dan kuucapkan.. "Terima kasih mak, aku bertuah sekali memiliki ibu yang
baik hati, izinkan aku membahagiakan mak." Kulihat sinar mata ibuku memancarkan
kebahagiaan..
Cintaku ini milikmu, mak. Aku masih memerlukanmu.. Maafkan aku
yang belum boleh memahami erti kebahagiaan buat dirimu..
--- +++ ---
Sahabat.. tidak selamanya kata sayang harus diungkapkan dengan kalimah
"Aku sayang padamu." Namun begitu, Tuhan menyuruh kita untuk menyampaikan
rasa cinta yang kita punya kepada orang yang kita cintai..
Ayuh kita mulakan dari orang terdekat yang sangat mencintai kita, iaitu Ibu..
Walau mereka tidak pernah meminta. Percayalah.. kata-kata itu akan membuat
mereka sangat bererti dan bahagia..
--- +++ ---
"Ya Tuhan, cintailah ibuku, beri aku kesempatan untuk boleh
membahagiakan ibuku selagi ENGKAU mengizinkan aku hidup.
Dan jika saatnya nanti ibu Kau panggil, terimalah dan jagalah ia
disisiMu sebaiknya".
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment