Wednesday, October 14, 2009

Hidup Adalah Pilihan

Ada 2 jenis tanaman yang terhampar di sebuah ladang yang subur. Jenis yang pertama berkata, "Aku ingin tumbuh besar,aku ingin menjejakkan akarku dalam2 di tanah ini dan menjulangkan tunas2ku di atas tanah ini. Aku ingin membentangkan semua tunasku untuk menyampaikan salam musim semi. Aku ingin merasakan kehangatan matahari dan kelembutan embun pagi di pucuk2 daunku"... Dan jenis tanaman itupun tumbuh, makin menjulang...

Jenis yang kedua berkata..."Aku takut, jika ku tanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu apa yang akan ku temui dibawah sana. Bukankah disana sangat gelap?, dan jika ku julangkan tunasku ke atas, bukankah nanti keindahan tunas2ku akan hilang?. Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput2 mencuba untuk memakannya?, dan pasti jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak!. Akan lebih baik jika aku menunggu sampai semuanya aman"... dan tanaman itupun menunggu sendirian. Selang beberapa hari, seekor ayam mengais tanah itu, lalu menemukan tanaman yang kedua tadi dan memakannya.

Memang selalu ada saja pilihan dalam hidup. Selalu saja ada lakonan yang harus kita jalani. Namun seringkali kita berada dalam ketakutan, kesangsian, keraguan, kebimbangan yang kita ciptakan sendiri. Kita kerap dibuai dengan alasan2 untuk tidak mahu melangkah, tak mahu menatap hidup, kerana hidup adalah pilihan, maka hadapilah itu dengan gagah dan kerana hidup adalah pilihan, maka pilihlah dengan bijak.

0 comments: