Monday, October 19, 2009

Jalan Menuju Kejayaan

Seorang eksekutif muda terserempak dengan seorang guru di sebatang jalan raya. Lalu ia bertanya, "Guru, yang manakah jalan menuju kejayaan?", guru terdiam sejenak. Tanpa mengucapkan sepatah kata, guru menunjuk ke arah sebatang jalan. Eksekutif muda itu segera berlari menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh guru tadi. Dia tak mahu membuang masa lagi untuk meraih kejayaan. Setelah beberapa saat melangkah tiba-tiba dia berseru, "Ha! Ini jalan mati!" Benar, di hadapannya berdiri sebuah tembok besar yang menutupi jalan. Dia terpaku kebingungan, "Barangkali aku salah mengerti maksud guru itu tadi." Eksekutif muda itu kembali menemui guru untuk menanyakan sekali lagi, "Guru, yang manakah jalan menuju kejayaan. "Guru menunjuk ke arah yang sama. Eksekutif muda itu berjalan ke arah itu lagi.
Namun yang ditemuinya tetap saja sebuah tembok yang menutupi jalan. Ia merasa dipermainkan. Dengan penuh marah ia menemui guru tersebut, "Guru, aku sudah menuruti petunjukmu. Tetapi yang aku temui adalah sebatang jalan mati. Aku tanyakan sekali lagi padamu, yang manakah jalan menuju kejayaan? Kau jangan hanya menunjukkan jari saja, tetapi bicaralah!"Akhirnya guru itu pun berbicara, "Di situlah jalan menuju kejayaan. Hanya beberapa langkah saja di balik tembok itu.
Renungan bersama : Keberhasilan seringkali tak nampak kerana ia bersembunyi di sebalik kesulitan. Cuma orang-orang yang mampu mendaki "tembok" itulah yang akan menemui keberhasilan atau kejayaan.

0 comments: