Permergian seseorang yang kembali ke rahmatullah seringkali dirasai dan tangisi oleh mereka yang dekat dengan Allahyarham ataupun Allahyarhamah, tetapi apabila sampai pada satu masa, ingatan kepada jenazah itu tadi sudah mula pudar. Ingatan itu akan kembali apabila tibanya hari-hari tertentu seperti kedatangan bulan ramadhan dan syawal. Selebihnya ia luput begitu saja.
Hal ini amatlah menyedihkan, bukan pada diri kita tetapi pada orang yang telah kembali ke rahmatullah. Mana tidaknya, mereka ini amatlah berharap agar orang yang masih hidup akan sentiasa sedekahkan doa buat mereka yang berada di sana, tetapi malangnya doa itu hanya dirasa hanya pada majlis tahlil iaitu selama 3, 7 dan 100 hari selepas mayat itu dikebumikan dan bukanlah setiap kali selepas solat.
Berapa ramaikah dikalangan kita yang sudah kehilangan ahli keluarga terdekat mahupun kawan yang dulunya akrab yang kini sudah terbenam di dalam liang lahad yang masih mengingati mereka?. Jangan nak katakan ingat tetapi yang mendoakan mereka, yang sedekahkan al-fatihah buat mereka?. Hanya ada segelintir di antara kita yang sering mendoakan kesejahteraan orang-orang yang telah meninggal dunia tetapi tidak selebihnya.
Suatu masa dulu semasa jenazah belum dikebumikan, bagai nak rak kita meratapi pemergian mereka. Menangis tersedu-sedu sehinggakan ada di antara mereka yang tidak dapat menerima kenyataan dan kalau boleh nak ikut serta masuk dalam liang lahad tetapi setelah beberapa hari berlalu maka ingatan itu sudah luput di benak fikiran kita. Inilah yang malangnya bagi sesiapa yang mendapat kawan atau ahli keluarga sebegini. Oleh itu marilah kita sama-sama menjadi kawan dan manusia yang soleh dan solehah yang sering mendoakan kesejahteraan ahli keluarga kita mahupun teman-teman yang telah kembali ke rahmatullah.
AL-FATIHAH
buat semua umat Islam yang telah meninggal dunia.
buat semua umat Islam yang telah meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment