Tuesday, October 13, 2009

Tuhan Memanggil Kita.

Kekadang bersembang dengan orang tua ni kelakar pun ada, terasa kecil
pun ada. Kena pulak yang kita tengah hadap tu bukan calang-calang orang.
Agaknya pada mata dia, seronok kot tengok kita terkulat-kulat mencari
jawapan. Lepas tu dia senyum sumbing je tengok gelagat kita.

Begitulah pengalaman aku 8-9 tahun dahulu. Ini lah ceritanya:

"Tahu nombor telefon Allah Taala?" Tetiba je aku di tanya orang tua ni.

"Hah?!" Dalam kepala aku dah nampak pondok telefon je.. pondok telefon
telekom tu lah, yang warna biru tuu.. hebat orang tua ni, nombor telefon
Allah Taala pun dia boleh tau. AKu dah merangka-rangka nak telefon juga
selepas ini! Masa tu handphone masih lagi 'rare species'.

"Hah, cepat salin!"

Beria-ria aku carik pen dengan kertas. Pergh! aku rasa memang best betul
masa tu... apa tidaknya, aku bakal menerima nombor telefon Allah Taala
dan lepas ni aku boleh 'call' DIA!. Sapa tak rasa best!?

"Tiga, empat, dua, empat, empat!"

Aiik..? apasal 5 nombor je? setahu aku paling kurang nombor telepon kena
ada tujuh digit (Masa ni nombor telepon 7 angka saja). Agaknya nombor
'special' kot? Musykil betul aku.

"Apasal 5 nombor je pakcik?"

"Ye la, tiga maghrib, empat isya', dua subuh, empat zuhur dan empat asar!"

mmmmmmph! jenuh aku kena ketawa! apa punya benak aku ni.

Memang betul lah, sewaktu kita bersolat itu kita sedang berinteraksi
dengan DIA. Maknanya kita 'call' DIA! Sedangkan waktu azan itu, DIA yang
'call'.

34244... cuba la dail. gerenti dapat! tak pernah 'engage'!

Apa pun solat itu wajib ke atas umat Islam, solat juga merupakan tiang agama. Jangan lah kita abaikan solat yang telah pun wajib buat diri kita. Renung-renungkan dan selamat beramal..

0 comments: