Isteriku berkata kepada aku yang sedang baca majalah "berapa lama lagi kamu nak baca majalah itu?'. Tolong kamu ke sini dan bantu anak perempuanmu tersayang untuk makan. Aku meletakkan malajalah lalu melihat anak perempuanku satu-satunya, namanya Qaseh. Nampak ketakutan, air matanya jatuh bercucuran dan di depannya ada semangkuk nasi berisi nasi susu asam / yogurt (nasi khas India / curd rice).
Qaseh anak yang manis dan pintar dalam usianya yang baru mencecah 8 tahun. Dia sangat tidak suka makan curd rice ini. Ibu dan isteriku masih mempunyai pemikiran agak kebelakang, mereka percaya sekali kalau makan curd rice ada "cooling effect". Aku mengambil
mangkuk dan berkata, "Qaseh sayang, demi ayah, mahukah kamu makan beberapa sudu curd rice ini?" Kalau tidak, nanti ibumu akan teriak sama ayah. Aku boleh merasakan isteriku membuat muka dibelakangku.
Tangisan Qaseh mulai reda dan dia menghapuskan air matanya dengan tangannya dan berkata "boleh ayah, saya akan makan curd rice ini tidak hanya beberapa sudu tetapi semuanya akan saya habiskan, tapi saya ada satu permintaan. Aku agak ragu-ragu sejenak akan permintaan tersebut.
Apakah ayah mahu berjanji untuk memenuhi permintaan saya? Aku menjawab "oh pasti sayang". Qaseh tanya sekali lagi betul nih ayah? Yah pasti sambil menggenggam tangan anakku yang kemerah mudaan dan lembut sebagai tanda setuju. Qaseh juga mendesak ibunya untuk berjanji hal yang sama, isteriku menepuk tangan Qaseh yang merengek sambil berkata tanpa emosi, Ibu janji, kata isteriku.
Aku sedikit khuatir dan berkata: Qaseh jangan minta komputer atau barang-barang yang mahal ye, kerana ayah saat ini tidak mempunyai wang. Qaseh menjawab : jangan risau ayah, Qaseh tidak akan meminta barang-barang yang mahal. Kemudian Qaseh dengan perlahan-lahan dan kelihatan sangat menderita, dia menghabiskan semua nasi susu asam itu.
Dalam hatiku aku amat marah dengan isteriku yang suka memaksa Qaseh untuk makan sesuatu yang tidak disukainya. Setelah Qaseh melepasi penderitaannya, dia mendekatiku dengan mata yang penuh harapan. Semua perhatian (aku, isteriku dan juga ibuku) tertumpu kepadanya. Ternyata Qaseh mahu kepalanya dibotakkan pada hujung Minggu ini.
Isteriku spontan berkata permintaan gila, anak perempuan tidak boleh botakkan kepala, tidak mungkin. Juga ibuku menggelengkan kepala, sesuatu yang belum pernah terjadi dalam keluarga kita, dia terlalu banyak menonton TV, dan program-program TV itu sudah merosakkan pemikirannya, kata Ibuku kepada Qaseh.
Aku cuba memujuk : "Qaseh, kenapa kamu tidak minta hal yang lain kami semua akan sedih melihat kamu botak". Tapi Qaseh tetap dengan pilihannya, tidak ada ayah, tak ada keinginan lain kata Qaseh.
Aku cuba memohon kepada Qaseh : tolonglah kenapa kamu tidak mencuba untuk memahami perasaan kami. Qaseh dengan menangis berkata : ayah sudah melihat bagaimana menderitanya saya menghabiskan nasi susu asam itu dan ayah sudah berjanji untuk memenuhi permintaan saya, kenapa ayah sekarang mahu menarik dan menjilat ludah sendiri?, bukankah Ayah sudah mengajar, bahawa kita harus memenuhi janji kita terhadap seseorang walau apapun yang terjadi, seperti Nabi Ibrahim yang memenuhi janjinya pada Allah untuk mengorbankan anaknya.
Sekarang aku memutuskan untuk memenuhi permintaan anakku : janji kita harus ditepati. Secara serentak isteri dan ibuku berkata : apakah aku sudah gila? Tidak, jawabku kalau kita menjilat ludah sendiri, dia tidak akan pernah belajar bagaimana menghargai dirinya sendiri. Qaseh, permintaanmu akan kami penuhi.
Dengan kepala botak, wajah Qaseh nampak bulat dan matanya besar dan kelihatan bagus. Hari isnin, aku menghantarnya ke sekolah, sekilas aku melihat Qaseh botak berjalan ke kelasnya dan melambaikan tangan kepadaku. Sambil tersenyum aku membalas lambaian tangannya. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki keluar dari kereta sambil berteriak, Qaseh tolong tunggu saya. Yang mengejutkanku ternyata, kepala kanak-kanak lelaki itu juga turut botak. Aku berfikir mungkin "botak" adalah gaya baru zaman sekarang.
Tanpa memperkenalkan dirinya seorang wanita keluar dari kereta tadi dan berkata : itu anak anda?, Qaseh benar-benar hebat. Anak lelaki yang jalan bersama-sama dia sekarang, Harish, adalah anak saya, dia menderita akibat kanser leukemia. Wanita itu berhenti sejenak, menangis tersedu-sedu, bulan lalu Harish tidak ke sekolah, kerana perlu menjalani perubatan chemo therapy dan kesannya, kepalanya menjadi botak jadi dia tidak mahu pergi ke sekolah kerana takut diejek dan dihina oleh teman-taman sekelasnya.
Minggu lalu Qaseh datang ke rumah dan berjanji kepada anak saya untuk mengatasi ejekan yang mungkin terjadi, hanya saya betul-betul tidak menyangka kalau Qaseh mahu mengorbankan rambutnya yang cantik untuk anakku Harish. Tuan dan isteri tuan sungguh diberkati Tuhan kerana mempunyai anak perempuan yang berhati mulia. Aku berdiri terpaku dan air mataku mula berlinangan. Malaikat kecilku telah mengajarku tentang erti kasih.
0 comments:
Post a Comment