Tuesday, December 8, 2009

Kerajaan BN vs Kerajaan Pakatan

Kedua-dua Kerajaan ini mempunyai matlamat dan perjuangan yang boleh dikatakan sama iaitu membawa Malaysia menuju kecemerlangan, mengutamakan rakyat dan sebagainya. Ternyata kedua-dua Kerajaan ini hebat dalam memberi janji kepada rakyat. Persoalannya sejauh mana kewibawaan kedua-dua Kerajaan ini dalam menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat?.

Persoalan ini timbul apabila saya melihat masing-masing mempunyai kepentingan sendiri untuk meraih sokongan rakyat terhadap mereka. Setiap Kerajaan sudah pasti ada kebaikkan dan ada kelemahan. Apakah mereka sedar akan kelemahan mereka?. Kebodohan yang dapat kita lihat daripada kedua-dua Kerajaan ini apabila mereka masih lagi mengutamakan kroni dan mengamalkan rasuah. Sebetulnya Kerajaan yang bagus merupakan Kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat, memperjuangkan hak-hak rakyat, membantu menaiktaraf kehidupan rakyat dan memberi kekayaan yang sama rata kepada rakyat. Boleh dikatakan secara keseluruhannya Kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri mahupun kroni.

Ingin saya bertanya, apakah anda sebuah Kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat?. Jika jawapannya 'YA' maka di mana yang anda katakan anda sebuah Kerajaan Rakyat?. Mengapa saya masih dapat melihat ada lagi rakyat yang hidup dalam keadaan daif terutama di kawasan-kawasan luar bandar atau pedalaman?. Banyak lagi hal-hal yang boleh saya bangkitkan iaitu seperti keadaan jalanraya yang berlopak tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar, tidak kiralah kawasan itu dipimpim oleh parti mana. Tempat letak kereta yang tidak mencukupi, banjir masih lagi berlaku di sana sini sehingga merugikan dan menyusahkan rakyat dan banyak lagi hal-hal yang boleh saya bangkitkan.

Ya, memang benar banyak bantuan telah diberikan tetapi di manakah jalan penyelesaian bagi masalah-masalah tersebut?. Apakah mereka ini perlu menunggu 5 atau 10 tahun lagi bagi menyelesaikan sesuatu isu itu?. Mengapa tidak ada tindakan yang drastik diambil untuk menyelesaikan isu-isu ini agar isu tersebut tidak lagi dibangkitkan oleh rakyat?. Oleh itu, anda selaku Kerajaan yang dipilih oleh rakyat, pastikan mengambil tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan mengutamakan kepentingan rakyat. Janganlah sampai rakyat membuat aduan dengan TV3 atau saluran TV yang lain baru lah hendak berjalan. Hapuskan karenah birokrasi yang membosankan rakyat.

Selesaikan isu-isu rakyat bagi menjamin kedudukkan anda selamat!!

0 comments: