Manusia itu sememangnya dikurniakan akal fikiran tetapi amat malang bagi dirinya tidak menggunakan dengan betul. Sesetengah manusia apabila ditegur, mereka tidak dapat menerima kenyataan malah mempertikaikannya. Pejabat saya di Plaza Sental yang terletak di KL Sentral merupakan sebuah pejabat milik penuh warga British yang menjalankan perniagaan 'Consulting'. Pihak syarikat amat memahami akan masalah pekerja dan cuba membuatkan pekerja berasa senang dari segi semua aspek apabila mereka berada di pejabat.
Terdapat seorang muslimah yang baru mendapat pekerjaan atas bantuan saya dengan kehendak Allah. Dia ini mendapat pendidikan di New Zealand selama 5 tahun dan kembali ke Malaysia untuk bekerja dengan kadar gaji permulaan yang diberikan sebanyak RM2,500. Kadar yang agak tinggi dengan kemasukkan baru yang tidak mempunyai pengalaman bekerja di Malaysia berbading dengan pekerja yang dah 2tahun bekerja di pejabat saya gaji baru RM2,400 walaupun dia mempunyai ijazah.
Ringkaskan cerita, gadis ini selalu menunaikan solat di ceruk-ceruk di dalam pejabat saya. Tidak salah untuk menunaikan solat dan majikan saya juga tidak menghalang dia dari menunaikan solat, tetapi yang menjadi masalahnya, perempuan ini telah pun ditegur baru-baru ini agar menunaikan solat di tempat yang sempurna iaitu di surau yang telah disediakan oleh pihak bangunan Plaza sentral. Lagipun pejabat saya ini tidak mempunyai bilik dan konsep pejabat adalah 'open space'. Pihak syarikat juga telah memberikan beberapa alasan yang kukuh iaitu ingin menghormati orang yang berbilang agama yang bekerja di dalam pejabat saya dan tidak mahu mengganggu orang lain. Alasan ini amatlah bertepatan kerana pihak majikan mahu bersifat adil kepada semua pekerja yang berbilang bangsa dan agama tambahan pula jika wanita ini solat, pekerja lain yang ingin mengadakan mesyuarat atau apa-apa aktiviti lain, sudah pasti tidak boleh kerana mahu menghormatinya yang mendirikan solat itu tadi, jika pekerja lain bising nanti, ada yang kata tidak menghormati wanita itu yang sedang mendirikan solat, tetapi yang menjadi peliknya perempuan ini tidak dapat menerima teguran itu dan menyatakan mengapa tidak boleh menunaikan solat di dalam pejabat, sedangkan alasan dah pun diberikan oleh pihak majikan.
Amat malang bagi wanita ini yang mempunyai pendidikan tinggi dan pemikiran yang baik tetapi tidak dapat berfikir dan menerima teguran yang baik. Mengapa saya berkata sedemikian?.
Di dalam pejabat saya terdapat hampir 10 orang pekerja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama ia termasuklah 'mat salleh'. Pejabat saya tidak mempunyai ruang yang cukup besar. Jadi, apabila seorang muslimah ini tadi, menunaikan solat di dalam pejabat tanpa memakai telekung (bagi rakyat Malaysia) atau pakaian muslimah (wanita) yang sepatutnya, adalah amat tidak bersesuaian dan tidak manis di pandang tambahan terdapat pekerja lelaki di dalam pejabat itu.
Apakah salah jika majikan menegur menyuruh wanita ini pergi ke surau bagi menunaikan solat dengan sempurna di tempat yang sempurna?. Malah majikan saya tidak pernah menghalang sesiapa pun (bagi mereka yang beragama Islam) untuk keluar ke surau bagi menunaikan solat. Ini pun boleh dijadikan isu, sepatutnya wanita itu diam dan akur dan haruslah gembira kerana dapat menunaikan solat di temat yang lebih baik kerana di pejabat saya ini tempatnya sempit dan orang selalu keluar masuk serta pejabat saya tidak membuka kasut jika mahu masuk ke dalam pejabat.
Kedegilan wanita ini akan membawa padah pada dirinya, nasihat saya kepada wanita yang degil dan tak reti bahasa ini agar ambil lah nasihat orang yang membawa kebaikkan itu tadi dan terimalah dengan hati yang terbuka bagi kebaikkan semua pihak. Pekerja dan majikan perlu bersatu bagi memajukan perniagaan dan menjaga kebajikan pekerja itu sendiri. Jadi jangan ingat dia tu belajar tinggi sudah jadi pandai dan boleh memandang sebelah mata pada orang lain.
Apa pun good luck saya ucapkan kepada wanita yang baru setahun jagung ini, saya tidak rasa dia akan kekal dalam pejabat saya jika keadaan bodoh tuli dia masih ada dalam diri dia. Kontrak pekerja hanya setahun kemungkinan besar saya tidak rasa kontrak dia akan disambung!. Semoga berjaya.
p/s : Baru 5 tahun tinggal di NZ dah berlagak, alasan yang diberikan 'culture shock'. Lahir dan membesar di Malaysia tetapi berangan macam lahir dan membesar di NZ. Selalu bangga dengan orang kiwi, jadi nasihat saya pergi balik dan jadi orang kiwi dan jangan jadi rakyat Malaysia. Memalukan bangsa dan agama!.