subur akar mati tak kembali
jika kembali akan layu diracuni
harum bunga tidak kekal mewangi
begitu juga dengan cinta sejati
harum sungguh cinta sejati
lagi harum cinta pada Illahi
patah tumbuh hilang berganti
janganlah pula kita tangisi
Selamat tinggal widuri ...
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 27, 2009
'sepi tanpa mu'
senja melabuh menutup tirai kemesraan
termenung ku sejenak memikirkan mu
tiada lagi gurau senda dan tawa kedengaran
kesedihan menyelubungi diri tatkala kedukaan menjelma
hati tersentuh hingga menitiskan air mata
terkenangkan keindahan waktu bersama
sepi tanpa mu ...
bulan yang gah tidak lagi bercahaya
cahaya pula tidak lagi bersinar
malam terus sunyi tanpa ditemani bulan
Pungguk menyepi bersendirian dalam kegelapan
hampa terdampar tanpa kekuatan cinta
sepi tanpa mu ...
malam berlalu penuh dengan liku
menanti kepulangan mu terlalu lama
bersendirian tanpa cinta ditemani madu
racun berbisa sudah tidak bermakna
hanyalah tinggal kenangan yang indah
pergilah dikau memenuhi cita-cita mu
bawakan bersama semangat cinta kita
semarakkan cinta hingga membara
jangan biarkan ia pudar
jangan biarkan ia padam
kepulangan mu akan ku nantikan

Friday, February 20, 2009
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Edisi pertama, Zuriat (penyatuan benih)
Pelbagai jenis manusia datang berjumpa saya dan melemparkan pelbagai masalah mereka kepada saya, masalah yang sering di dengar adalah berkenaan dengan masalah rumah tangga dan masalah anak-anak. Perkara yang ingin saya sampaikan di sini adalah berkenaan dengan masalah anak-anak yang kini sudah pun menjadi satu 'trend' dalam kehidupan kita seharian. Apa tidaknya, masalah anak-anak ini bukan lah satu masalah yang boleh dibiarkan, jika dibiarkan dan apabila ia berlarutan dan tidak dibendung maka masalah itu akan jadi besar. Ibu bapa tentunya kecewa dengan sikap anak-anak mereka yang bersifat agak kurang ajar atau tidak mahu mendengar nasihat serta pandangan dan melawan. Hal ini sudah semestinya membuatkan ibu bapa sering runsing dan kecewa, akan tetapi kita juga perlu menilai sejauh mana didikan kita terhadap anak-anak yang membesar itu tadi.
Di sini saya ingin memberi sedikit tips dan pandangan peribadi bagi rujukan kepada bakal ibu dan bakal ayah atau yang sudah bergelar ibu bapa. Jadikan ini sebagai pedoman dan pratikkan agar kita merasa senang pada masa akan datang.
Pada hari ini, kita banyak melihat isu anak remaja terjerumus dalam kancah yang tidak sihat. Setiap hari tersiar di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen akan masalah remaja. Boleh dikatakan kes juvana dalam Negara semakin hari semakin meningkat. Kenapa perkara ini boleh terjadi?. Apakah ibu bapa kepada anak itu tadi tidak memainkan peranan dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberi didikan yang sempurna?. Jika sudah mendidik anak dengan sempurna, mengapa hal ini boleh terjadi?. Siapakah punca yang boleh menyebabkan hal ini terjadi?. Di sini saya ingin mengupas setiap persoalan yang ditimbulkan bagi kita sama-sama memikirkan di mana silapnya agar dapat membendung masalah ini daripada terus terjadi.
Kita dapat lihat, kebanyakkan pakar motivasi menyarankan dan menekan kan betapa pentingnya didikan agama diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah benar, kerana setiap agama yang mereka anuti, menyuruh mereka melakukan kebaikkan dan melarang melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Ibu bapa jarang mempedulikan hal ini terutama kepada ibu bapa yang berkehidupan seperti 'mat salleh' dan berfikiran terbuka atau 'open minded', tetapi mari kita lihat pula anak-anak yang tidak mendapat didikan agama, ada di antara mereka yang menjadi manusia dan ada pula sebaliknya, mengapa hal ini boleh berlaku?.
Sesetengah kita berasa pelik, pelbagai usaha telah dibuat agar memastikan anak-anak mereka membesar dalam acuan dan kehendak ibu bapa masing-masing tetapi malangnya tidak berjaya. Ada sesetengah pihak menyatakan begini dan apabila kita lakukan sebegitu lain pula jadinya. Ada pula yang menyarankan begitu tetapi sebaliknya terjadi. Di mana silapnya?.
Mari kita ambil contoh pohon (pokok) sebagai simbolik untuk mendapatkan zuriat. Untuk menjadi pohon kita perlulah mempunyai biji benih. Begitu juga dengan bayi, untuk mendapatkan bayi kita perlukan persenyawaan telur dan ia boleh dilakukan apabila suami isteri melakukan hubungan intim. Benih yang kita dapat sudah semestinya baik tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk kita mendapatkan benih yang lebih baik. Sama dengan keadaan bayi, bayi yang dilahirkan semuanya bersih ibarat sehelai kain putih tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkan bayi yang terbaik dalam kehidupannya. Adakah kita yang telah mendapat biji benih kemudian menanam terus dengan membiarkannya membesar dengan sindirinya tanpa perhatian dan penelitian yang sewajarnya?. Adakah pohon itu akan berjaya membesar dengan sendiri tanpa penjagaan?. Kalau berjaya adakah pohon itu akan membesar dengan sempurna dan mengeluarkan buah?. jika ia berbuah adakah buat itu masak dengan manis tanpa ada ulat?. Sama juga dengan keadaan bayi itu tadi.
Sebenarnya untuk mendapatkan pohon yang terbaik kita perlukan benih yang terbaik juga, untuk mendapatkan benih yang terbaik, maka kita perlukan PENGETAHUAN. Pengetahuan dalam menghasilkan benih. Manusia yang beragama islam misalnya, tidak menitik beratkan ungkapan bismillah dalam setiap yang mereka lakukan. Semasa penyatuan benih manusia hendak dijalankan, mereka ini tidak pernah berdoa kepada Allah memohon agar menjaga setiap perilaku dan gangguan dari jin, syaitan dan iblis, dan berdoa agar mendapat benih yang terbaik. Semasa klimaks, manusia juga sering lupa berniat di dalam hati agar bakal benih yang akan disatukan itu akan menjadi sempurna dari segi fizikal dan rohani dan memohon agar bayi tadi membesar dengan berakhlak mulia. Mereka gagal berniat dan berdoa kerana sedang menikmati kelazatan duniawi. Apabila permulaan ini tidak dilakukan dengan baik, adakah kita yakin benih yang akan subur itu akan menjadi seperti yang kita harapkan?.
Penjagaan seterusnya perlu diteruskan jika kita dapati benih itu membesar menjadi kandungan agar benih itu dapat membesar dengan sempurna. Lakukan lah zikir, banyakkan berdoa, dan jalankan kerja-kerja kebaikkan (ia harus dilakukan oleh kedua-dua pasangan). Selepas tu, benih yang terus membesar di dalam perut perlu dilindungi dengan kalimah-kalimah Allah seperti berzikir, mengaji, berdoa dan sebagainya. Apabila benih yang telah disatukan tadi hendak keluar kita perlu mengikut ajaran yang telah diberitahu di dalam Islam, bukannya mengikut adat istiadat atau ritual keturunan atau adat resam masyarakat yang ada pada hari ini.
Amat malang bagi mereka-mereka yang gagal melakukan perkara-perkara yang telah pun diajar di dalam Islam. Inilah salah satu punca sebenar mengapa remaja pada hari ini banyak terjerumus di dalam kes-kes yang melibatkan juvana.
Edisi ke-2 tentang lahirnya seorang bayi di muka bumi ini bakal menyusul nanti.

Tuesday, February 17, 2009
Enam Setahun
Hati berdetik tiap kali teringatkan mu
hajat untuk memiliki mu tidak kau kuburkan begitu saja
menerima ku seadanya
pagi itu kau melihat ku kaku di tiup sang bayu
kau hampiri dan selimutkan ku dengan sejuta bintang
bulan berlalu meninggalkan cahaya
embun menitis bercurahan rebah ke bumi
hati tersentuh dalam kenangan
kau sapukan dengan sebutir permata yang kini terus bergemerlapan
walaupun gelap ia tetap bercahaya
pagi itu juga aku terdampar dan lemas dalam lautan cinta
kenangan terindah lalu bersahaja
bulan berganti suria dan terus gagah menyinarkan cahayanya
menitis peluh tanpa memerah keringat
burung tidak lagi berkicauan
cahaya menyinar ganas tidak pernah suram
kau pasrah menerima ketentuan
aku terharu tunduk sujud syukur ku pada Illahi
dikurniakan seorang teman yang amat memahami
Enam setahun sudah pun berlalu, tahun-tahun yang penuh bererti
suka duka pahit manis kita berjaya harungi
perjalanan masih jauh, jangan kita berhenti
menari mengikut irama selari dengan inspirasi
buktikan bahawa kasih kita akan terus bersemi
hari demi hari, rintangan harus ditempuhi
beronak, berliku dan berduri
gagahkan diri tabahkan hati
janji jangan tinggal janji
teguh bersama kau sentiasa di sisi
kasih tercipta akan ku abadikan dalam sanubari
walaupun seribu tahun pasti akan merasai dan
kita berhak menikmati kasih yang tulus suci

Kasih
Tempayan penuh airnya mencurah.
Jatuh rebah tunduk ke bumi.
Kasih ku tidak pernah berubah.
Akan ku pastikan ia tersimpul rapi.
Sepi hati jangan ditangisi
Kalau ditangisi merana diri
Suntikkan kasih ke dlm hati
Kelak kasih akan kekal abadi
Mencurah air di daun keladi
Daunnya subur akar tidak berganti
Curahlah kasih pada Illahi
Kasih yg dicurah tidak akan menyepi
Jatuh rebah tunduk ke bumi.
Kasih ku tidak pernah berubah.
Akan ku pastikan ia tersimpul rapi.
Sepi hati jangan ditangisi
Kalau ditangisi merana diri
Suntikkan kasih ke dlm hati
Kelak kasih akan kekal abadi
Mencurah air di daun keladi
Daunnya subur akar tidak berganti
Curahlah kasih pada Illahi
Kasih yg dicurah tidak akan menyepi
Bulan
Bulan menerangi malam bersaksikan bintang
Langit menutupi bulan kerana kasih tidak kesampaian
Masa kan bulan tidak gerhana
Awan kelam terus menyelubungi bulan yang terang
Kelihatan pungguk menanti sendirian
Rindunya pungguk pada bulan
Menanti gerhana tidak kunjung tiba
Oh bulan
Kuatkan sinarmu
Jangan biarkan awan menyelubungi mu
Jangan biarkan pungguk merindui mu
Jangan biarkan diri mu gerhana
kerana gerhana bukan sesuatu yang istimewa
Oh bulan
Malam mu sentiasa sepi
Pungguk takkan benarkan ia terjadi
Pungguk tetap setia menanti,
merindui mu dan terus menemani bulan
walau pun jarak memisahkannya.

Monday, February 9, 2009
Cahaya
Terangnya gelap kerana cahaya
Cantiknya cahaya kerana sinar
Sinarnya cahaya kerana kuasa
Tapi rakusnya kuasa adalah kerana terlebihnya cahaya
Cahaya yang mulanya menerangi kini menjadi gelap
Suram dan tidak bermaya
Tidak berdaya tiada kekuatan
Hilang cahaya yang menerangi gelap
Wahai cahaya
Bercahayalah semula
Sinarkan kepada mereka semua
Janakan kuasa mu menerangi gelap
Jangan biarkan kegelapan menjadi kelam
Punah harapan luntur cahaya
Kini cahaya mula menerangi
Menyinar dan terus bercahaya
Tiada lagi gelap mahupun suram
Cahaya yang menerangi alam

Tuesday, February 3, 2009
Lupa Daratan
Manusia sering kali lupa akan asal usul mereka, mereka yang sering lupa ini boleh digelar sebagai 'Lupa Daratan'. Mereka ini sememangnya tidak akan mengaku dari mana asal usul mereka ini, kerana sifat sombong dan ego telah menguasai diri mereka sendiri.
Kita sebagai rakyat Malaysia patut berasa bangga dilahirkan dan dibesarkan di tanahair kita yang aman damai dan berbilang bangsa serta agama, tetapi terdapat seorang wanita muda yang selalu membanggakan tanahair orang daripada membanggakan tanahair sendiri. Wanita tersebut dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan telah pun mengambil peperiksaan SPM di sini dan akhirnya telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Otago yang terletak di New Zealand dan telah mendapat pendidikan selama 5 tahun di sana.
Apa yang menarik di sini, wanita ini telah berkata kepada semua orang yang dia telah berada di New Zealand selama hampir 10tahun sedangkan dia hanya berada di New Zealand hampir 5 tahun, dan baru-baru ini dia telah pulang ke Malaysia dan dia menyatakan orang Malaysia ini amat berbeza dengan orang-orang di New Zealand. Wanita ini juga turut membanggakan orang-orang New Zealand daripada orang-orang yang berada di Malaysia.
Alasan yang diberikan oleh wanita itu tadi adalah 'culture shock'. Ingin saya bertanya kepada wanita ini, apakah yang dikatakan culture schock?. Adakah wanita ini tadi lahir dan membesar di New Zealand untuk dia berkata sedemikian?. Saya mempunyai ramai kenalan rakyat Malaysia yang telah pun menginap hampir 20 tahun di kota-kota besar dunia, tetapi tidak pula mendengar, apabila mereka pulang ke Malaysia mereka berkata tentang 'culture shock' ini. Mereka seperti biasa bertutur dalam bahasa malaysia dan tidak pula pulang ke Malaysia bercakap dalam bahasa asing.
Amat malang bagi wanita muda ini yang sememangnya lupa akan budaya dan semangat kewarganegaraan itu sendiri. Dia seolah-olah syaitan yang bertopengkan manusia kerana dah lah bodoh sombong tambahan pula suka menabur fitnah dan mengata orang sesedap mulut dia, tambahan dia seorang yang berpakaian muslimah yang nampak solehah. Manusia sebegini amat berbahaya kepada mereka-mereka yang mengenalinya.
Baru-baru ini seorang hamba Allah telah membantu mendapatkan pekerjaan untuk wanita tuli ini, tetapi balasan yang wanita ini berikan kepada orang yang tadi merupakan kata-kata fitnah dan tomahan yang tidak ada asas. Habis seluruh Yayasan yang membantu orang susah telah menjadi kucar kacir akibat perbuatan wanita yang bertopengkan syaitan ini.
Apa pun wanita ini sepatutnya tukar kerakyatannya dan pulanglah ke New Zealand yang sememangnya telah menjadi Negara asalnya. Manusia sebegini selalunya tidak berpijak di bumi yang nyata. Akibat kerakusan wanita ini tadi, maka tidak lama lagi dia akan mendapat balasan yang setimpal. Dia akan diberhentikan kerja tidak lama lagi kerana wanita ini telah dianggap virus yang boleh membunuh. Ibu nya juga memenangkan anaknya dengan membuat tuduhan tanpa usul periksa. Amat malang bagi mereka sekeluarga. Apa pun semoga dosa keluarga ini diampunkan oleh Allah atas perbuatan memfitnah manusia dan mengucar kacirkan sebuah organisasi yang membantu orang susah.
Nasihat saya kepada semua yang berada di luar sana agar tidak menganiaya orang dan selalu lah berprasangka baik terhadap orang tambahan pula orang yang telah membantu kita dengan ikhlas.
Sunday, February 1, 2009
Kelancangan Mulut
Mulut merupakan salah satu anggota badan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk kita mengeluarkan kata-kata kebaikkan seperti memuji kebesaran Allah, membaca ayat-ayat suci al-quran dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan dosa. Ungkapan yang keluar dari mulut merupakan satu doa dan ia merangkumi seperti pujian. Maka yang demikian, pujian juga perlulah dari hati yang ikhlas dan kata-kata manis bukanlah merupakan perangkap kepada hal-hal yang boleh memudaratkan seseorang. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah berkenaan dengan 'Kelancangan Mulut'.
Kelancangan mulut boleh membawa kepada kemudaratan kepada individu lain mahupun diri sendiri. Ia berpunca dari hati yang busuk dan dipengaruhi pula oleh nafsu yang dikuasai oleh syaitan. Apabila berlaku hal ini, ia agak payah untuk dikawal lantaran itu terjadilah perkara-perkara seperti fitnah dan kata-kata dusta yang terkeluar dari mulut orang-orang yang termakan oleh hasutan syaitan.
Kita lihat dunia hari ini amat mendukacitakan. Seorang wanita yang bertudung dengan mempunyai pendidikan yang sempurna, termasuklah pendidikan agama yang telah dipupuk sejak kecil lagi telah menjadi jahil akibat hati yang busuk sehingga menjerumus kepada kelancangan mulut. Wanita ini telah mereka cipta hal yang tidak pernah wujud dengan menyatakan keburukkan individu lain. Fitnah semakin menjadi-jadi sehinggakan wanita yang nampak alim ini langsung tidak gentar atau takut dengan hukuman Allah S.W.T yang bakal diterimanya.
Kesilapan terus dilakukan walaupun wanita ini tadi tahu akan kebenarannya. Manusia sebegini sudah pasti akan mendapat balasan yang setimpal akibat kelancangan mulutnya yang menabur fitnah sehingga memporak-perandakan sebuah 'Yayasan' di mana yayasan ini menjalankan kerja-kerja amal. Bayangkan betapa hinanya wanita ini yang telah menghancurkan sebuah organisasi Islam yang menjalankan kerja-kerja amal bagi mebantu orang-orang yang memerlukan pertolongan. Akibat daripada kelancangan mulutnya yang menaburkan fitnah, yayasan tersebut hancur dek kerana termakan fitnah wanita jahil ini.
Insya Allah, saya amat yakin pada kuasa Allah. Balasan akan sampai tidak lama lagi. Saya amat berharap agar wanita ini insaf sebelum terlambat. Saya juga menyeru kepada mereka-mereka yang membaca blog ini agar dapat berdoa pada Allah dengan memohon agar wanita ini tadi berhenti daripada menabur fitnah dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Subscribe to:
Posts (Atom)