Saturday, March 28, 2009

60 EARTH HOUR


Saya amat berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam memastikan kejayaan '60 EARTH HOUR' ini tadi, terutama pihak pengurusan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara AmBank dan lain-lain pihak pengurusan yang benar-benar prihatin terhadap bumi kita yang kita cintai ini.

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan dan kepada mereka yang tidak memberi sokongan, sungguh mendukacitakan kerana mereka ini lebih mementingkan diri mereka sendiri. Mereka ini sanggup melihat penderitaan orang lain tanpa merasa apa-apa. Oleh yang demikian, orang seumpama ini sudah semestinya orang yang amat malang. Mengapa saya berkata sedimikian?. Ini adalah kerana perkara yang amat mudah, mereka tidak dapat lakukan apatah lagi jika kita menyuruh mereka menanam pokok?. Sudah pasti tidak akan dilakukan oleh mereka.

Oleh itu, manusia sebegini tidak layak hidup di dunia ini dan mereka inilah sebenarnya pembunuh bumi yang kita cintai. Mereka lebih rela anak cucu mereka menderita atas kelakuan mereka yang mementingkan diri sendiri.

Pembaharuan UMNO


Hari ini kita dapat lihat janji-janji yang telah diucapkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang merupakan Presiden UMNO dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia berkenaan dengan pembaharuan yang akan dilakukan olehnya ke atas beberapa perkara terutama menghapuskan politik wang dan beberapa perkara penting lagi.

Saya melihat keadaan ini telah disambut baik oleh semua perwakilan di tambah pula dengan kehadiran Tun Dr.Mahathir Mohamad yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia telah membuka sinar baru ke atas reformasi UMNO itu sendiri.

Pada saat ini UMNO dilihat begitu lemah dan tersungkur dek kerana pemimpinnya yang tidak berkaliber dan berwibawa apatah lagi tiada ketegasan dalam diri. Kini pembaharuan telah pun bermula dengan perwakilan telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan pemimpin yang bakal mengembalikan UMNO ke dalam landasan yang betul.

Pembaharuan ini mestilah diteruskan bagi memastikan UMNO berada dalam keadaan cemerlang, dan dapat memenangi hati rakyat agar kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Kerja-kerja pembaharuan ini bukan lah mudah kerana bila sesuatu janji itu ditaburkan maka kita haruslah buktikannya melalui perlakuan dan perlaksanaannya bukan hanya berbicara manis sahaja tetapi tidak melakukan apa-apa.

Rakyat telah melihat dan rakyat juga menantikan perlaksanaanya. Perlaksanaannya pula biarlah telus dan benar-benar ikhlas bukan sekadar melepas batuk ditangga. Saya doakan agar UMNO itu sendiri dapat melakukan perubahan demi masa depan orang Melayu itu sendiri.

Monday, March 23, 2009

I used to dream ..


I used to dream
that someday, somewhere, somehow


I would meet
someone very special
someone who would make
my life complete in every way.

Someone I could talk with
who would truly understand me
and who'd walk along beside me
hand-in-hand, heart-to-heart.


Sunday, March 22, 2009

Kegembiraan & Kedukaan


Kaget ku seketika melihat keindahan pelangi petang
subur menghijau bumi terbentang luas. Keperitan hidup tak ku rasai kerna fikiran ku jauh melayang

kringggg... jam berdering menunjukkan tepat jam 7pm. Arghh.. aku sudah kelewatan ini, keluh ku sendirian. Tidak tercapai akal mu jika kau melihat ku seperti lipas kudung. Tergelak ku sendirian atas sikap ku seperti orang yang tak keruan.

Suausana hening dipecahkan dengan takbir azan yang sayup-sayup kedengaran.
berhenti ku seketika menghormati azan, lalu bergegas untuk mengerjakan ibadah solat yang dituntut oleh Agama.

Selesai solat ku terus memanjakan tubuh ku di atas tilam yang bisa membuatkan semua orang terlena. hmmm.. mengeluh ku seketika apabila mengenangkan nasib ku yang merundum malang. Sepi hati tidak lagi ku rasai kerna aku tidak keseorangan. Kasih tercipta bagaikan puteri yang dibelai manja. Sudah pasti membuatkan ku bahagia.

Malam ini tidak ku dengar riuhan anak-anak kecil yang bermain di luar rumah. Agak pelik ku rasa apabila malam ku sunyi hanya bertemankan lampu nion dan cahaya bulan. Jendela rumah ku bukakan sedikit agar angin malam dapat ku rasa. Arghh.. dingin sungguh malam ini. Dingin yang bisa membuatkan tubuh ku kaku kesejukkan. Sedang asyik mengelamun jauh tiba-tiba kesedihan menjelma. Lalu ku lakarkan ia menjadi sebuah puisi


Malam tanpa bulan hilang arah dalam kegelapan
Siang tanpa matahari akan gelap punah harapan
Bersaksikan bintang bersaksikan awan
Hati ku di buka untuk kau tawan
Langit tidak secerah dahulu
Awan mendung berarak lalu
Suasana kelam menggamit kenangan
Kesedihan terpancar di raut wajah ku
Mengapa kini baru kau lafazkan?
Kasih dahulunya suci telah menjadi kelam
Aku terdiam mendengarnya, lalu tunduk membisu
Tanpa disedari air mata jatuh berlinangan
Ku pendam semua kedukaan
Ku tahu diri ini tidak sempurna
Mengapa tidak kau katakan saja
Diri ini sudah tidak berguna

Baru ku mengerti apa yang telah terjadi
Selama ini kau memendam diri
Kini tiada apa lagi yang tinggal
Ku mohon agar kau mengerti
Penderitaan hidup yang ku tanggungi
Janji jangan lah tinggal janji
Sebelum ku melangkah pergi
Rela diri dipujuk kembali


Manisnya Madu

kerinduan di kalbu tidak terubat
kasih kesayuan tidak kesampaian
mengapa resah hingga gelisah?.

ungkapan kata secantik bahasa
biarkan ia manis sentiasa
jangan kita binasakannya
kelak hati resah sentiasa

Nun jauh di sana dikau termenung
ku di sini kaku melihatnya
kita sama tapi tak serupa
menariknya cinta satukan kita
madu ku beri, kau rela menerima
tanpa bicara kita bersama
tanpa diduga kita bahagia
sehingga kini kekal sentiasa

pantun diberi pembuka kata
tiga hati bersua muka
jangan dikesal bahana menimpa
terimalah dengan hati yang terbuka

UMNO

Api membara membakar jiwa yang kehausan
Semarak kasih tidak berpanjangan
hati yang kosong di mamah usang
kekeringan menghakis lautan yang ketandusan
keberanian tiada tandingan tapi rebah dek kerakusan

tiada lagi senyuman dibibir
tiada lagi manis di wajah
tiada lagi kepandaian
tiada lagi kegembiraan

yang tinggal hanyalah sogokkan
sogokkan wang yang berjuta
berjuta juga lah yang resah
resah yang tiada kesudahan

yang tinggal hanya lah kenangan
kenangan yang diulit mimpi
mimpi yang kini tak pasti
pastinya aku menyepi

Kini ku di ambang kematian
bangkit ku belum tentu
tetamu harus direstu
kejujuran adalah penghulu
kelak keris dihunus
melayu harus bersatu

Friday, March 20, 2009

Manusia & Andaian


Kita lihat manusia yang hidup pada masa ini lebih tertarik dengan andaian semata-mata daripada fakta akan sesuatu perkara yang berhadapan dengannya. Andaian ini adakalanya betul dan adakalanya tidak, jika andaian itu benar maka tidak mengapa. Bagaimana pula dengan andaian yang dibuat itu tidak benar sama sekali?. Ingin saya berkongsi satu cerita agar kita dapat tahu sama ada baik atau buruk jika andaian itu kita buat tanpa mengambil kira hal-hal yang lain sehingga andaian itu boleh menjatuhkan maruah orang mahupun melaga-lagakan kita sesama teman-teman yang lain. Cerita ini adalah untuk pengajaran buat kita semua agar tidak terjadi kepada individu lain.

Dahulunya saya mempunyai kenalan wanita yang merupakan adik angkat saya yang merupakan rakyat Malaysia tetapi tidak mengaku dia rakyat Malaysia setelah 5 tahun menginap di New Zealand. Dari segi luaran dia ini nampak solehah tetapi tidak tahu pula dari segi dalaman. Tetapi apa yang berlaku ini boleh dikatakan wanita ini tidak lah solehah sepertimana yang kita nampak. Wanita ini saya gelarkan wanita ss (syok sendiri). Saya gelarkan wanita ini sebagai wanita ss adalah kerana dia terfikir yang saya ini telah jatuh cinta terhadapnya. Wanita ss ini suka membuat andaian dan selalu berfikiran negatif terhadap semua orang. Kadang-kadang adik dan ibu dia yang akan membuatkan adaian untuk wanita ss ini, dan wanita ss ini dengan tidak memikir panjang akan terus mengikut andaian tersebut.

Cerita dia begini. Wanita ss ini telah diberi peluang oleh saya untuk bekerja di syarikat kenalan rapat saya yang berbangsa inggeris di Malaysia dengan kadar gaji RM2,500 sebulan sebagai CSR Analyst. Wanita ss ini langsung tidak mempunyai pengalaman bekerja di Malaysia tetapi mempunyai pengalaman hidup di Malaysia lebih dari 15tahun. Perkara yang paling menarik yang telah terjadi apabila wanita ss ini telah diberitahu oleh adiknya sendiri tentang saya di mana jika saya memberikan wanita ss ini pekerjaan tambahan pula di tempat yang sama, maka saya telah jatuh cinta kepada wanita ss ini. Inilah suatu andaian yang tidak perlu kita lakukan kerana ia merupakan suatu andaian yang tidak masuk akal. Sedangkan pekerjaan itu telah di minta oleh wanita ss ini dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menawarkan wanita ss ini pekerjaan tambahan pula saya amat memahami sikap wanita ss ini yang agak tidak berapa elok.

Oleh yang demikian akibat daripada andaian tersebut, maka wanita ss ini mula mempercayainya dan bermula lah satu episod drama yang direka cipta oleh wanita ss ini. Pada peringkat pertama wanita ss ini dengan tanpa rasa segan silu telah memberitahu saya akan perhubungan dia dengan seseorang, maka saya tidak lah peduli kerana wanita ss ini merupakan adik angkat saya sahaja dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memperisterinya atau menjadikannya sebagai kekasih kerana wanita ss ini tidaklah secantik mana pun, lagi pula tidak menepati lansung akan citarasa saya yang teramat tinggi ini.

Dek kerana terlalu berpegang kepada andaian tersebut di tambah pula dengan pemikiran wanita ss ini yang terlalu negatif terhdap semua orang maka wanita ss ini telah melebarkan lagi sayapnya dengan menabur fitnah terhadap saya di Yayasan saya sendiri. Wanita ss ini telah mengatakan kepada semua orang bahawa saya ini selalu keluar bersama wanita-wanita dan macam-macam lagi sehingga boleh mempengaruhi keseluruhan warga kerja Yayasan saya. Perkara ini amat memalukan dan tidak bermaruah. Oleh yang demikian saya telah membisu dan tidak menjawab dan tidak bertanya apa-apa pun kepada wanita ss ini sehinggalah dia menduga bahawa saya memang benar-benar telah jatuh cinta kepadanya.

Mengikut andaian wanita ini lagi , saya tidak bercakap dengan wanita ss ini dan tidak mempedulikan wanita ss disebabkan wanita ss ini telah memberitahu saya akan perhubungan dia dengan seorang lelaki, dan lelaki itu telah menjadi pilihannya dan bukan saya.

Tergelak besar saya apabila memikirkan kata-kata wanita ss ini. Kebodohan wanita ss ini bertambah apabila dia menaburkan fitnah itu kepada teman-teman rapat saya yang sememangnya telah mengenali saya sekian lamanya. Tidak terfikir ke wanita ss ini bahawasanya teman-teman saya ini akan menceritakan semula kepada saya dan fitnah itu sudah semestinya tidak benar kerana mereka lebih mengenali saya daripada wanita ss ini. Akhirnya saya telah menghantar email kepada wanita ss ini dengan menyuruh dia menjawab semua tuduhannya yang telah dilemparkan kepada saya. Yang menariknya, wanita ini tidak menjawab pun email yang telah saya berikan. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memecat wanita ss ini dan menyuruh wanita ss ini pulang ke New Zealand.

Pada hari pemecatan wanita ss ini, teman rapat saya telah memanggilnya masuk ke dalam pejabat untuk berjumpa dengan saya dan 2 teman inggeris saya yang merupakan bos di syarikat wanita ss ini bekerja. Nak kata saya bos di syarikat itu tidak lah, tetapi saya mempunyai kuasa untuk memberi pekerjaan dan memberhentikan pekerja yang saya rasa tidak berguna bagi syarikat jika pekerja itu pemalas dan yang bertopengkan syaitan. Jadi, saya telah bersemuka dengannya dan bertanyakan berkenaan fitnah yang telah dibuat ke atas saya?. Apa sebab-sebab wanita ss ini melakukan perkara seumpama itu. Dijawabnya, semua ini sebab saya suka kepadanya dan adik dia telah berkata yang saya ajak dia bekerja sebabkan saya suka kepadanya. Jadi ini semua andaian, maka dengan andaian yang dia buat itulah juga merupakan padah yang dia terima. Dia telah dipecat 24 jam dari syarikat saya bekerja dan juga telah di tendang keluar dari Yayasan saya. Pihak Yayasan saya melahirkan kesyukuran kepada saya kerana wanita ss ini tidak lagi menginap di Yayasan.

Inilah perkara yang ingin saya sampaikan. Andaian itu tidak semestinya benar. Ia perlulah mengikut lunas-lunas atau dalil-dalil yang kukuh dengan berpandukan fakta dan kebenaran. Jika andaian yang dibuat itu tidak benar dan anda mempercayainya, maka inilah yang terjadi. Makan diri sendiri. Akhirnya maruah wanita ss ini telah jatuh ditahap yang amat memalukan. Pihak Yayasan saya amat simpati dengan wanita ss ini yang begitu menghina bangsa Melayu sedangkan wanita ss ini juga merupakan orang Melayu. Untuk pengetahuan ramai, wanita ss ini tanpa rasa segan silu telah menghina bangsa Melayu depan 2 orang teman english saya, dan 2 teman english saya amat terkejut dan berasa sedih di atas penghinaan terhadap bangsa dia sendiri.

Apa pun wanita ss yang dianggap virus Y2K oleh keseluruhan yang mengenalinya tidak lagi mengganggu mereka ini termasuk lah saya. Kesemua email dan apa jua bentuk hubungan telah saya block. Oleh itu saya harap kita semua tidak perlulah membuat sebarang andaian lagi. Berfikir lah secara logik, menerima kebenaran dan bukanya menerima andaian. Membuat andaian itu boleh tetapi biarlah ia berpaksikan kepada perkara-perkara positif dan bukannya negatif. Semoga cerita di atas menjadi panduan kepada kita semua agar tidak terjadi seperti wanita ss.

Thursday, March 19, 2009

Konspirasi

Kita lihat hari ini, pelbagai permasalahan telah wujud sejak kebelakangan ini di dalam UMNO. Ia bertambah meruncing apabila di saat-saat akhir persidangan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi. Hal ini tidak perlu dihairankan kerana ia bukanlah perkara baru di dalam UMNO itu sendiri. Hari ini kita dapati Datuk Seri Ali Rustam tidak dapat bertanding sebagai Timbalan Presiden iaitu jawatan No.2 di dalam UMNO. Mengapa di saat-saat akhir isu ini dikeluarkan?. Mengapa individu-individu lain yang didapati bersalah masih lagi boleh bertanding?. Apakah dengan melarang Datuk Seri Ali Rustam bertanding akan menyelamatkan jawatan seseorang yang mana mereka semua tahu akan kredibiliti Datuk Seri Ali Rustam akan menggugat calon-calon yang lain?.

Apa pun terserah pada pendapat masing-masing. Seperti kata pepatah soroklah bangkai dekat mana pun, pasti akan dapat dihidu. Permainan politik tidak terhenti begitu saja. Akan ada beberapa lagi perkara yang bakal mengejutkan kita. Tunggu dan lihat. Semua ini terjadi sebabkan 1 perkara, iaitu menjaga kepentingan peribadi. Jika ini tidak dibendung, maka saya percaya UMNO itu sendiri akan terlingkup dek kerana individu yang ada di dalamnya yang rakus untuk mengejar kekayaan diri.

Mereka lebih tertumpu pada poket sendiri daripada perjuangan parti. Rakyat pula akan menyaksikan siri kebodohan yang dilakukan oleh ahli UMNO itu sendiri. UMNO tidak perlu diubah tetapi yang perlu diubah adalah ahli-ahlinya dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan itu perlu lah berbalik kepada perjuangan parti bukan kepentingan peribadi dan kroni.

Masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang merupakan masalah yang julung kali kita lihat iaitu mempertahankan kedudukan kroni. Yang berjawatan nakkan kroni-kroninya naik, dan yang meninggalkan jawatan pula, juga nak kroni-kroninya naik, maka pertembungan 2 kronilah jawabnya. Jadi saksikanlah kroni siapa yang lebih kuat.

Wednesday, March 18, 2009

Rasuah Ali Rustam & Kedudukan sebagai Ketua Menteri Melaka


1. Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO Malaysia atas rasuah yang telah dilakukan oleh ejen terdekat beliau iaitu Saadun Basirun yang merupakan setiausaha politik beliau.

2. Walau bagaimana pun, kesalahan tersebut tidak akan menggugat jawatan Ketua Menteri Melaka yang dipegang oleh beliau pada masa ini. Adalah amat malang bagi Kerajaan yang ingin melakukan perubahan jika menyimpan lagi orang sebegini walaupun rasuah itu dilakukan oleh ejen terdekat beliau.

3. Cuba anda bayangkan, jika Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertegas terhadap ejen-ejen yang membantu beliau dalam merebut mana-mana jawatan tidak kira di peringkat mana sekali pun agar tidak melakukan suapan atau sebarang bentuk imbuhan tidak kira ia merupakan barangan atau sebagainya, maka saya percaya ejen-ejen tersebut tidak akan melakukan rasuah dengan melobi orang yang berkepentingan bagi sesuatu jawatan yang bakal diterajui oleh beliau.

4. Maka dengan itu saya dapati jika Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah terhadapnya, ia boleh disangkal kerana ejen yang membantu beliau yang juga merupakan setiausaha politik beliau telah di dapati bersalah dengan memberi rasuah. Hubungan setiausaha politik dengan bos adalah suatu hubungan yang rapat. Masakan setiausaha politik memberi rasuah tanpa diketahui oleh bosnya?. Jika tidak tahu, masakan Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap beliau?. Maka dengan itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam haruslah bertnggungjawab terhadap ejen beliau.

5. Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mempunyai bukti yang kuat bagi mengaitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Lembaga Disiplin UMNO Malaysia juga telah mendapati beliau bersalah dan tidak membenarkan beliau bertanding bagi jawatan No.2 parti. Oleh yang demikian mengapa Kerajaan masih lagi menyimpan orang sebegini sebagai Ketua Menteri Melaka?. Ia boleh menjejaskan kredibiliti Kerajaan itu sendiri dan reputasi parti pasti akan menurun.

6. Seharusnya Kerajaan harus tegas terhadap setiap perasuah yang didapati bersalah atas kesalahan merasuah, maka disarankan agar perasuah itu tadi dikenakan tindakan yang sewajarnya dan dilucutkan semua jawatan yang dipegang. Tidak kira siapa pun dia. Jika tindakan tegas tidak diambil, maka akan bertambah jijik orang melihatnya.

7. Jika UMNO hendak berubah dan mendapat semula kepercayaan rakyat, maka UMNO tidak boleh ada belas kasihan terhadap perasuah. Tindakan tegas harus diambil bagi membuktikan Kerajaan benar-benar prihatin terhadap permasalahn yang timbul.

Tuesday, March 17, 2009

Pengajaran Dan Pembelajaran SAINS Dan MATEMATIK Dalam BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1. Sesetengah dari kita ada yang menyokong dan ada pula yang tidak menyokong. Pada pendapat mereka yang tidak menyokong PPSMI ini, ia boleh merosakkan bahasa kebangsaan atau lebih senang di panggil Bahasa Melayu.

2. Mereka berpendapat setiap mata pelajaran haruslah ditulis dalam Bahasa Melayu. Ingin saya mempersoalkan kepada anda semua yang ingin menaikkan martabat Bahasa Melayu, mengapa anda tidak memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap wawancara tidak kira di akhbar, radio mahupun kaca televisyen. Mengapa tidak anda hapuskan semua bahasa asing yang ada di dalam malaysia?, dan kita hanya gunakan bahasa melayu sahaja.

3. Mengapa bila timbulnya PPSMI ini ramai di kalangan pecinta bahasa terutama bahasa melayu tidak menyokong dan mempersoalkannya. Amat hairan bagi saya terhadap pencinta bahasa kerana tiba-tiba isu PPSMI ini dibangkitkan dan ia diperbesar-besarkan hingga mengadakan demontrasi jalanan sehingga merosakkan nama baik Malaysia di mata Dunia. Sungguh memalukan!

4. Perjuangkanlah juga yang lain-lain seperti hapuskan keseluruhan bahasa asing dalam malaysia dan rakyat malaysia harus menggunakan bahasa melayu dalam setiap pertuturan dan penulisan yang hendak disampaikan. Tidak lupa juga warga asing yang ingin berniaga atau melancong di sini, haruslah bertutur dalam bahasa melayu dan jangan pula kita bertutur dengan mereka dengan menggunakan bahasa mereka jika mereka meminta apa-apa pertolongan dari kita.

5. Ada yang kata mengapa saya bangkitkan hal ini?. Hal ini tidak ada kena mengena dengan PPSMI. jadi mengapa anda mempertikaikan PPSMI?, jika tidak ada kena mengena?. Ini kan soal penggunaan bahasa, jadi mengapa saya tidak boleh bangkitkan isu-isu lain?.

6. Mengapa anda menghantar anak anda ke oxford dan universiti di luar negara?. Hantar lah anak anda di universiti di dalam malaysia. Sesetengah dari kita terutama pencita bahasa melayu ini tidak memahami isu atau perkara dalam permasalahan itu sendiri. Mereka lebih mencintai bahasa melayu daripada memajukan Bangsa Melayu itu sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

7. Tegas saya di sini, agak kurang akal jika pejuang bahasa yang memperjuangkan bahasa itu tadi tidak menggunakan saluran yang betul. Banyak lagi yang anda perlu perjuangkan dan bukan sahaja tertumpu pada PPSMI semata-mata. Oleh yang demikian saya sarankan kepada mereka yang tidak menyokong PPSMI dan individu yang celik akal seperti pencinta Bahasa Melayu dan dalang sebaliknya, kaji sedalam-dalamnya sebelum anda ingin memperjuangkan sesuatu perkara itu. Biarlah perjuangan anda itu kena pada tempat, masa dan sebagainya. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Gagah di depan tidak nampak manakala semut di seberang lautan boleh dipersoalkan. Inilah masalah pencinta bahasa di Malaysia.

8. Akhir kata kepada dalang PPSMI. jangan lah anda menangguk di air yang keruh, kerana suatu hari nanti air yang keruh itu yang akan anda minum.

Salam hormat

Sunday, March 15, 2009

Buta


berjalan ku menyusuri

bertongkat ku ratapi
siangku gelap hari ku sepi
resah tidak sama sekali

berjalan ku menyusuri

menempunhi ranjau kehidupan
caci maki itu sudah pasti
aku diam mohon doa pada illahi

berjalan ku menyusuri

tiada tangan yang memberi
mengharapkan simpati
belum tentu ku temui

berjalan ku menyusuri

perut lapar tidak berisi
tongkat ku terus meraba ke sana sini
ke mana arah tidak ku pasti

berjalan ku terus menyusuri

penat nya tidak terperi
terduduk aku sendiri
berlantaikan entah apa-apa
aku juga tidak pasti
terasa diri di sapa

tangan meraba duit diberi
doaku dimakbul simpati di temui
inilah dunia ada baik dan ada buruknya
tapi yang pasti berjalan ku menyusuri
bertongkat sudah pasti

Sehati

salju mendingin mengigilkan tubuh ku yang kelesuan
aku terdampar dan bergetar
denyutan jantung berdegup laju
memikirkan nasib diri ini
pulanglah ke pangkuan ku seprti dulu
peluklah daku seerat mungkin
hembuskan nafas keresahan
hilangkan ketakutan
jangan biarkan tubuh ku kaku
lesu tak berdaya kerana dingin salju
hangatkan lah ia dengan jiwa mu yg suci
suci tanpa sangsi
sehangat mentari menerangi bumi

jangan biar ku bermimpi
kerana mimpi tidak pasti

segarkan ia dengan realiti
kerana reliti sudah pasti

genggamlah jari jemari ku
berjanjilah dikau takkan pergi
meninggalkan ku sendiri
kerana sendiri aku mati

gugurnya ranting ke bumi
tanda kasih tidak berseri
hidupkan cinta sejati
kerana itu yang bakal menghidupkan diri
demi cinta yang suci
aku tuduk rebah ke bumi
terbang ku terlalu tinggi
adakah cinta ku kekal abadi?.
jika kekal maka simpul sampai mati
demi ingatan tulus suci
ikhlas lahir dari hati
ku harap cinta kita bersemadi di dalam dua hati
puisi ku cipta tanda kasih ku terus mekar di hati

Friday, March 13, 2009

C.I.N.T.A

Kasih sayang tiada penghujung
merimbun dikala sepi bagai langit gemerlapan
cahaya biru terus berseri
menyinari camar yang terbang keriangan
tiada lagi duka lara
tiada lagi tangisan

gurindam dan irama seiringan
bernyanyi warkah pilu
sedih tak terasa
hilang kesayuan
menunggu tidak kunjung tiba

Cinta

sangkar emas dibina demi kebahagiaan
meraung, merintih jangan sekali
dibelai, di manja itu sudah pasti
dikau tidak lagi sendiri

mekar sungguh harum kasturi
di teratak kasih sedia ku menanti
jalan lurus ku cuba menyusuri
nikmatnya tidak terperi
cahaya cinta sudah pasti berseri
tiada pengganti dikala sepi

jangan dikau berduka lara
ku sedia menemani hingga akhir nanti
nyalakan api cinta
semarakkan jiwa
semaikanlah benih di sanubari
agar ia kekal abadi

Thursday, March 12, 2009

warkah lama vs warkah baru

Kehadapan dinda ku yang ku sayangi.

Kanda di sini sehat walafiat hendak-NYA. Kanda harap dinda juga begitu.
Sudah hampir tiga hari kita tidak bersua muka. Rindu rasanya di hati. Kanda pohon maaf jikalau kehadiran surat ini mengganggu dinda di sana, tapi kanda pasti kehadiran surat kanda ini pasti membuatkan dinda gumbira.


Tidak lama lagi kanda akan di naikkan pangkat, jika tidak ada aral melintang kemungkinan besar pada minggu hadapan kanda berhajat mahu masuk meminang dinda. Kanda harap ini merupakan berita gumbira buat dinda. Kanda akan tunggu jawapan daripada dinda tentang perkara ini.

Salam sayang dari kanda. Jaga diri selalu dan jangan lupa kanda di sini.

Salam,

Kanda


----------------------------------------------------------------------------------------


Hi sayang,

tgh buat apa tu?. bila syg free, leh kita jumpa. lama tak jumpa, rindu gak lah. oh lupa nak bgtau. i akan dinaikkan pangkat, boleh lah kita keluar tgk wayang nanti. I belanja k.

kim salam kat bakal mak mertua i k. so pepe nanti sms i atau email i k. take care

ur love



warkah di atas merupakan satu warkah cinta yang berbeza zaman. Ingin saya bertanya kepada anda semua, apakah perbezaan yang boleh kita dapat daripada kedua-dua warkah di atas jika dibandingkan?.

Tuesday, March 10, 2009

Kesunyian

Ketika matahari melabuhkan sinarannya tatkala itu juga gerimis mengundang, terduduk daku sejenak di anjung rumah mengenangkan nasib diri. Ketika sedang asyik mengelamun bersendirian, terlihat aku akan keriuhan kicauan burung yang sedang menuju pulang ke sangkar. Keadaan itu benar-benar membuatkan aku berasa tenang seketika dari kekusutan yang aku alami. Sambil ku memerhatikan tingkah laku keasyikkan burung-burung itu tadi, tiba-tiba terlintas di fikiran ku akan kesunyian yang sememangnya tidak pernah lekang dari hidup ku ini. Kesunyian itu buatkan aku berasa sedih setiap kali memikirkannya. Apa yang harus aku lakukan untuk tidak berasa sunyi dan sepi.

Ibarat malam tanpa bulan, sudah pasti malap dan tidak bercahaya. Pungguk pula tidak lagi menjadi teman setia bulan. Ke mana arah dan tujuan hidup jika tiada sinar yang menyuluh untuk memberi petunjuk?. Apakah benar langit tak selalunya cerah dan panas tak semestinya kemarau?. Jika ia benar, maka aku perlu melakukan sesuatu agar kesunyian itu tidak terus menghantui aku.

Aku mengambil keputusan untuk keluar kota bagi menghilangkan rasa sunyi yang ada dalam diri ku. Keputusan untuk keluar kota tidak ku jangkakan dan ia berlaku secara spontan. Jauh di sudut hati ini untuk mengabaikan mu apatah lagi untuk melupakan mu. Aku akan pastikan ianya tidak akan terjadi sama sekali. Pemergiaan ku keluar kota adalah semata-mata untuk mengimbau kembali saat kebahagiaan ketika aku bersama mu di kota gajah itu.

Pemergian ku kali ini penuh dengan memori, aku tidak mahu memori itu hilang begitu saja. Akan aku pastikan ianya kekal abadi di dalam sanubari. Hilang akar boleh di ganti tetapi hilang memori maka hancurlah dua hati. Aku tidak mahu perkara sebegini berlaku dalam hidup ku, kerana setia memori yang telah kita cipta sungguh amat bererti bagi diri ku, kerana memori itu akan menjadi pembakar semangat ku untuk aku terus mengharungi sisa hidup ini. Andainya aku pergi maka akan tinggal lah memori-memori itu bersama mu dan aku harap ianya akan segar di ingatan mu hingga akhir hayat.

I Love u so much ...