Sunday, April 19, 2009

Sana Sini 'Orang Kita'


Politik zaman sekarang amat menyedihkan, tidak salah untuk kita berpolitik tetapi ada di kalangan pemimpin parti politik telah mengambil kesempatan menggunakan isu perkauman dan isu-isu lain yang boleh membawa kepada kemusnahan kepada bangsa dan Negara demi kepentingan diri mereka sendiri. Pengikut parti-parti politik juga ada yang terlalu taksub terhadap pemimpin mereka sehingga membelakangkan kebenenaran apatah lagi cara hidup dan amalan orang Islam langsung tidak diangkat dalam kehidupan seharian.

Perpecahan bangsa dapat dilihat pada hari ini di mana sesama bangsa bergaduh sesama sendiri akibat berkiblatkan kepada pemimpin parti-parti politik yang mereka sokong sehingga boleh menggugat perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Lihat saja apa yang terjadi pada Kerajaan Negeri Perak, tidak lupa juga masa permilihan Menteri Besar Terengganu suatu masa dahulu dan banyak lagi hal-hal yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Mengapa hal ini terjadi?. Apakah berbaring di jalanan dan membuat huru hara merupakan ajaran yang di suruh di dalam Islam?. Kita juga lihat bila masa pilihanraya diadakan, kita dapat perhatikan kerenah penyokong-penyokong parti politik masing-masing di mana mereka amat bersemangat sekali menyokong calon-calon mereka sehingga mencetuskan kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga terjadi babak-babak yang tidak elok dilihat.

Jika kita lihat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W yang menyebarkan Islam, Nabi sendiri dibaling batu oleh musuh-musuhnya tetapi Nabi begitu sabar dan tidak membalas apa pun terhadap musuh-musuhnya. Adakah cara yang dilakukan oleh Nabi sama seperti cara kita lakukan iaitu bergaduh, membaling batu atau objek-objek yang tidak sepatutnya jika kita ingin sangat menegakkan kebenaran?. Mengapa kita membelakangkan Islam walaupun kita seorang yang beragama Islam?. Islam banyak mengajar kita cara berpolitik, menegakkan kebenara dan menyebarkan ajaran Islam. Mengapa kita tidak ikut?.

Orang Melayu haruslah kembali ke landasan sebenar yang dituntut oleh Islam. Bergabung menjadi satu. Hati perlulah bersih dan ketegasan perlu ada dalam menegakkan sesuatu perkara dan bukannya ketegasan yang bisa mencetuskan kekecohan sehingga membawa kepada perbalahan sesama sendiri. Apakah kita ingin melihat Negara kita ini terutama agama Islam dicemuh akibat perbuatan orang Islam itu sendiri yang membelakangkan Islam dalam menegakkan kebenaran?.

Jadi marilah kita bersatu menjadi satu dan mempraktikkan Islam di dalam kehidupan kita agar bangsa dan agama kita menjadi kuat sehingga tidak akan ada sesiapa yang boleh menjatuhkan kita. Anda harus ingat Islam sebuah agama yang cukup sempurna, adalah amat merugikan kepada penganutnya jika tidak mengambil peluang mendalami Islam dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka.

Oleh yang demikian, saya seru kepada umat Islam kembali bersatu dibawah naungan Islam itu sendiri. Kita bisa menolak pemimpin yang korup. Kuasa di tangan kita. Tidak perlu kita mencemarkan imej kita terutama bangsa dan agama kita dek kerana pemimpin yang korup. Sebab itulah slogan 'pilihlah dengan bijak' telah dibuat. Maka jika kita bijak, kita haruslah memilih pemimpin yang bersih masa pilihanraya nanti. Pangkah bukan ikut calon yang kita suka tetapi pangkah lah calon yang bersih yang membantu rakyat, tidak kira parti mana pun calon itu wakili.

Salam

Friday, April 17, 2009

bagaimana ...


bagaimana ...

kesepian bisa menjelma bila kau tiada
kenangan menggamit seribu kedukaan
pergi kau tidak berpesan
hancur hati punah lah harapan

bagaimana ...

untuk ku teruskan hidup ini
tanpa belas kasihan
kasih yang mekar bertukar suram
teratak kasih tidak lagi bersinar

bagimana ...

bisa ku berdiri tanpa kau di sisi
sejenak ku cuba melupakan
tapi tidak boleh padam dalam ingatan
mengapa harus ini berlaku
di kala kasih sedang mekar




Sunday, April 12, 2009

Sana Sini


Sebagai rakyat malaysia yang hidup di bumi Malaysia yang aman dan damai ini kita patut rasa bersyukur. Tidak ramai umat manusia di dunia ini merasa bertuah apabila berada di Negara mereka sendiri. Ini terbukti apabila terdapat pergaduhan di antara kaum, peperangan dan sebagainya di Negara mereka sendiri dan tidak di Negara kita. Jika kita bersikap pentingkan diri sendiri maka kita tidak akan dapat menikmati hidup yang aman damai apatah lagi di Negara yang mempunyai pelbagai kaum.

Sikap keterbukaan beragama, hormat menghormati dan penerimaan terhadap kewujudan sesuatu kaum itu merupakan asas dalam memupuk perpaduan yang kukuh, dan asas ini telah pun diperkutkan dan diperkukuhkan oleh tok nenek moyang kita dahulu tetapi akhir-akhir ini, beberapa cubaan untuk merobek perpaduan itu sudah mula nampak. Semua ini adalah angkara pemimpin politik yang rakus dengan memainkan isu perkauman. Memang tidak dinafikan terdapat ekstremis-ekstremis kaum berada di dalam Negara kita yang menginginkan sesuatu, akan tetapi jika pemimpin itu tidak mengeluarkan atau memainkan isu perkauman ini, maka saya percaya hal perpaduan ini tidak akan tercalar.

Sifat rakus pemimpin yang menginginkan populariti dengan merasa dirinya adalah pembela bangsa merupakan suatu sikap yang sememangnya tidak boleh kita terima, dan pemimpin sebegini tidak harus mewakili rakyat yang berbilang kaum. Jangan kita lupa semua hal-hal yang melibatkan kaum sudah pun termaktub dalam perlembagaan dan tidak seorang pun boleh mempertikaikan hal ini. Orang yang mempertikaikan hal-hal yang berkaitan kaum yang telah termaktub dalam perlembagaan merupakan orang yang tidak sedar diri dan tidak berterima kasih dan orang sebegini hendaklah dihukum sebat dan harus dipenjarakan selama 10tahun agar dia diberikan kesedaran agar tidak sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan Perlembagaan Malaysia.

Pemimpin yang tidak menaikkan semua kaum yang ada di Malaysia pula perlu disingkirkan. Ini bermaksud dalam menjayakan misi satu Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, kita seharusnya memilih pemimpin yang berbakti kepada raktyat Malaysia, mnjaga kepentingan rakyat itu sendiri. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berbilang kaum dan tidak boleh berlandaskan kepada satu kaum sahaja. Itulah yang baru dinamakan 'SATU MALAYSIA', selagi kita tidak membelakangkan Perlembagaan Malaysia.

Oleh yang demikian, saya amat menyokong penuh saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas konsep 'SATU MALAYSIA'. Saya juga berharap, tidak ada lagi pemimpin yang memperjuangkan sesuatu bangsa sahaja malah perbesarkan kepada seluruh bangsa agar rakyat dapat menikmati hidup yang selesa di Negara mereka sendiri tanpa rasa terpinggir dalam pembahgaiaan kekayaan Negara.

Salam

Tuesday, April 7, 2009

YB Oh YB ..

Sebelum jadi YB janji diberi, manis kata cair di hati.
Pijak semut pun tak mati, sanggup memperjudikan diri lagi.
Bila dah jadi YB, nak jumpa kena buat temujanji.
Dah buat temujanji, datang disuruh tunggu lagi.
Lamanya tunggu YB. Bila tanya pada kerani, kata tak masuk lagi.
Tunggu punya tunggu akhirnya suruh datang keesokkan hari.
Alasan yang diberi, ada urusan rasmi. Urusan rasmi atau shopping suami isteri?.
Nak tanya lagi takut kena maki. Akhir nya hampa berlalu pergi.
Datang keesokkan hari, hal yang sama berulang lagi.
Punya sakit hati menyumpah suruh mati. Nak tak nak tunggulah masa mengundi nanti.
Takkan ku pangkah kau lagi.

Hai lah YB ...

YB ku mencari projek sana sini, dengan harapan rakyat dapat rezeki.
Sungguh murni hati YB ku ini.
Tangan dihulur tanda kasihi, yang menerima suka lah hati.
Hulurnya sudah pasti berisi, yang menerima termakan budi
Rasuah di sana sini, rupanya YB ku cari duit untuk poket sendiri.
Rakyat merintih minta simpati, YB kata nak tolong dia sudi.
Tapi kenalah jadi hamba abdi kepada YB yang ku pangkah ini.

Bila parti bersidang YB ku memberi ucapan.
Ucapan diberi penuh dengan harapan, kata-kata pula penuh dengan sopan.
Kata YB, ekonomi mesti mampan. Perwakilan dengar beri sorakkan.
Bukan bersorak sebab ekonomi mampan tetapi sebabkan dapat sogokan.
Lepas habis ucapan kata-kata tak sepadan dengan perbuatan.
Rakyat pun mula bosan. Tunggulah pilihanraya depan, rakyat pangkah pembangkang.

YB Oh YB ...

Friday, April 3, 2009

Orang Kita


Kita lihat kebanyakkan orang kita, orang melayu khususnya berlagak tidak tentu pasal. Berlagak mereka ini akan terserlah apabila mereka ini mempunyai wang dan kedudukan. Amat jarang kita dapat melihat orang yang berjawatan tinggi atau yang berwang ini mempunyai sifat-sifat terpuji seperti sifat padi, makin tunduk makin berisi. Kebiasaannya mereka ini juga akan berkawan rapat dengan orang-orang yang seangkatan dengannya.

Apa pun tidak dinafikan terdapat juga golongan orang yang berpangkat dan berwang ini mempunyai hati yang suci dan sentiasa merendah diri. Tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari. Ingin juga saya bertanyakan kepada mereka, untuk apa mereka berlagak dan menjadi bodoh sombong?. Adakah kematian mereka ini tadi akan dibalut dengan kekayaan yang mereka perolehi dan akan dihitung oleh Allah sebagai tiket untuk masuk ke syurga?. Jika tidak mengapa mereka ini berlagak?. Mengapa mereka ini bodoh sombong?, dan ada di antara mereka juga tanpa segan silu memaki hamun orang dengan sesedap mulut mereka.

Persoalan ini telah saya kemukan kepada beberapa golongan orang kenamaan yang bergelar 'Datuk' dan beberapa orang yang berjaya yang mempunyai harta yang banyak. Rata-rata di antara mereka apabila diajukan soalan ini, mereka juga tidak menafikan ada di antara mereka yang sememangnya begitu. Ini adalah kerana mereka beranggapan, mereka ini perlu lah dihormati kerana mereka ini mempunyai kedudukan dan mempunyai harta yang banyak. Oleh yang demikian mereka memerlukan penghormatan kerana apa yang mereka perolehi itu sememangnya jarang-jarang manusia yang akan dapat sepertimana mereka dapat.

Ada yang beranggapan, mereka ini tadi sebenarnya tidak berpegang pada ajaran Islam, dengan erti kata yang lain mereka ini lebih mementingkan hal duniawi dan tidak pernah untuk ingat pada hari kematian kelak. Sebab itulah mereka hidup dalam keadaan seumpama itu seolah-olah mereka ini akan hidup buat selama-lamanya dan mereka juga tidak akan jatuh susah.

Ada pula yang berkata, manusia yang berkedudukan sememangnya angkuh sebabkan mereka merasa diri mereka ini ibarat tuhan, mereka suka melihat manusia yang daif datang sujud pada kaki mereka dan merayu-rayu meminta pertolongan. Sebenarnya banyak lagi anggapan-anggapan yang begitu teruk sekali sehinggakan saya tidak boleh menulis kerana ia tidak sedap di dengar. Mereka-meraka yang menjawab soalan-soalan saya ini merupakan golongan-golongan atasan yang sememangnya mempunyai kedudukan dan mempunyai harta yang banyak, tetapi tidak pula saya melihat mereka ini seumpama orang lain yang berlagak dan bodoh sombong.

Apa pun nasihat saya kepada golongan atasan atau yang berkedudukan dan berharta ini, jangan lah kita berlagak dan menjadi bodoh sombong kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah pun kepada diri kita. Suatu hari nanti kekayaan itu akan memakan diri kita sendiri dan boleh merosakkan diri kita apatah lagi di saat-saat kematian kita nanti. Oleh itu saya menasihatkan kepada diri saya dan juga orang ramai agar tidak berlagak dan sentiasalah kita merendah diri agar kita dihormati dan disegani dek kerana sifat kita yang suci dan bukan kerana kita berkedudukan dan berharta.

Macam-macam


Dahulu mahathir cakap 'ya'
anda tidak mahu percaya
Dahulu menantu tidak berjaya
Kini menantu sudah kaya

Pergi solat pakai kain pelekat
Tunduk sujud minta hajat
Yang lemah nak jadi kuat
Hati rakyat tidak dipikat

Yang lepas usah dikenang
Bila dikenang sakit hati
Lepas jawatan biarlah tenang
Kata orang tu di dalam hati

Parti lemah tiada sokongan
Bila menang mula berangan
Habis duit buat sogokan
Letak jawatan kerana tekanan

Bila bersidang beri ucapan
Ucapan diberi tanpa sorakkan
Nak berundur penuh harapan
Perwakilan bangun beri tepukan

Terima kasih saya ucapkan
Akhirnya lepas juga jawatan
Sebagai tanda ingatan perpisahan
Terima lah pingat penghargaan