Friday, June 26, 2009

After A While


After a while you learn
the subtle difference between
holding a hand and chaining a soul
and you learn
that love doesn't mean leaning
and company doesn't always mean security.
And you begin to learn
that kisses aren't contracts
and presents aren't promises
and you begin to accept your defeats
with your head up and your eyes ahead
with the grace of a woman, not the grief of a child
and you learn
to build all your roads on today
because tomorrow's ground is
too uncertain for plans
and futures have a way of falling down
in mid-flight.
After a while you learn
that even sunshine burns
if you get too much
so you plant your own garden
and decorate your own soul
instead of waiting for someone
to bring you flowers
And you learn that you really can endure
you really are strong
you really do have worth
and you learn
and you learn
with every goodbye, you learn ...

"What does Love mean?"

1. "When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth".

2.
"Love is what makes you smile when you're tired".

3.
"Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well".

4.
You represent a world in me, a world that was not born until you arrived, and it is only by us meeting that this new world is born.

5.
Never stop smiling, not even when you're sad someone might fall in love with your smile.

Behind you



Behind your smile, I know there are sorrows.

Behind your laughters, I know there are tears.

But I want you to know that, behind you is me who always care for you.

Thursday, June 25, 2009

If

If I never met you, I wouldn't like you.
If I didn't like you I wouldn't love you.
If I didn't love you I wouldn't miss you.
But I did, I do and I always will

If loving you is wrong, then I don't want to be right!
If loving you is a crime. I'd like to be jailed for my whole life, in your heart.
I love you. Like a fat kid loves cakes.

If you have 1000 years of age, I just want to have 999 years and 364 days, so I never have to live a day without you.

Wednesday, June 24, 2009

Salah & Silap


Sebagai seorang manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesalahan. Manusia bukanlah seseorang yang bersifat maksum seperti Nabi. Manusia dianugerahkan nafsu dan ia membuatkan manusia adalah sebaik-baik kejadian.

Kesalahan yang dilakukan tidak kira besar mahu pun kecil tetap akan berlaku dan terjadi terhadap manusia itu sendiri cuma kita sedar atau pun tidak maka kita perlu tahu akan kesalahan yang telah kita lakukan itu, kerana itulah manusia tidak akan menjadi sempurna. Kesalahan demi kesalahan akan terus berlaku jika manuisa itu alpha dengan keasyikkan hal duniawi dan hanya permohonan maaf sahaja bisa diucapkan.

Apakah sekadar ucapan maaf saja sudah bisa membuatkan seseorang itu memaafkan kita?. Sebenarnya ya sudah memadai, ada sesetengah dari kita memang amat lembut hati dan memaafkan semua kesalahan yang dibuat oleh individu lain, tetapi ada sesetengah dari kita tidak akan pernah memaafkan seseorang walaupun kesalahan itu diakuinya dan telah menyesal atas tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut.

Pepatah melayu ada mengatakan, 'Buatlah kebaikkan seribu tahun, tetapi bila kita melakukan kejahatan walaupun hanya sekali maka kebaikkan yang seribu tahun itu tidak akan dipandang". Hal ini sebenarnya memang benar dan ia memang terjadi. Sesetengah dari kita mula trauma dan takut untuk berhadapan dengan orang yang melakukan kesalahan walaupun orang itu menyesal akan tindakan dia. Apa pun terpulang pada diri masing-masing, tidak salah untuk kita memaafkan kesalahan orang dan memberi peluang kedua agar dia dapat buktikan yang dia tidak akan melakukan kesalahan yang sama.

Kita mesti sedar kita juga tidak sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan dan memaafkan kesalahan itu merupakan suatu perbuatan yang sangat mulia. Oleh itu marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan antara satu sama yang lain. Lupakan segala sengketa yang bisa menggugat keharmonian dan kebahagiaan kita.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa


Semalam tanggal 21hb Jun, 2009 merupakan 'Sambutan Hari bapa'. Ada sesetengah dari kita bersyukur dianugerahkan seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab dan ada sesetengah dari kita pula dari kecil sudah kehilangan bapa dan tidak pernah mendapat kasih sayang dari seorang yang bergelar 'Ayah'. Ada juga bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan anak-anak mereka membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya diberikan terhadap anak tersebut.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini, tidak semua bapa-bapa itu jahat dan tidak semua bapa-bapa yang ada itu baik. Kita lihat sikap manusia ini terutama lelaki mempunyai satu sifat di mana keegoannya teramat tinggi. Hal ini tidak boleh disanggah oleh mana-mana lelaki kerana kesemua umat manusia yang bergelar lelaki akan berasa dirinya atau darjatnya perlu lebih tinggi dari wanita tambahan pula bila ia bergelar ketua keluarga. Memang tidak dinafikan juga, terdapat segelintir lelaki berperangai baik dan tidak terlalu ego dan mereka juga saling bantu membantu di antara suami dan isteri atau membantu isteri membesar dan mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

Aku dilahirkan dan membesar dibawah jagaan ibu ku tanpa bapa di sisi. Aku juga tidak pernah kenal bagaimana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya. Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan ayah aku tetapi hanyalah untuk berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan agar tidak terjadi sepertimana yang terjadi kepada ayah ku. Ayah aku seorang yang tidak bertanggungjawab walaupun dahulunya dia bergelar seorang jutawan dan berkedudukan tinggi. Sehingga kini ayah ku masih lagi dibuai mimpi walaupun petunjuk dari Allah telah diberikan kepadanya. Keasyikkannya dengan hal duniawi ini terutama pada golongan wanita dan teman-temannya tidak boleh disangkal. Beliau lebih mementingkan mereka-mereka ini dari anaknya sendiri. Hal duit pula, ayah ku cukup senang menabur duit kepada teman-temannya sehingga mencecah ratusan ribu tetapi bila sentuh hal nafkah untuk anak-anak maka apa yang diperolehi adalah caci maki dan selepas maki hamun yang agak panjang barulah duit dihulur tanpa ada keihklasan dihatinya. Itulah perangai ayah ku sehingga kini.

Apa pun aku berdoa agar ayah ku sedar dan lebih bertanggungjawab ke atas anak-anaknya yang kini sudah pun mencecah 30 orang (6isteri 2 cerai, salah seorang yang bercerai adalah ibuku) belum termasuk cucu-cucu dia. Aku tidak pernah menyesal mendapat seorang ayah sebegitu malah aku juga bangga kerana disebabkan tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab itulah membuatkan aku sudah boleh berdikari seawal umur ku 12 tahun. Apa pun kepada yang bergelar bapa atau pun yang akan bergelar bapa tidak lama lagi, pastikan anda laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa, kerana tanggungjawab itu akan dihitung di akhirat kelak.

Wednesday, June 10, 2009

Berita menggembirakan


Hari ini sesuatu telah berlaku dan keputusan telah diambil dengan begitu drastik. Ia bukan lah sesuatu keputusan yang mengejutkan, sememangnya sudah dijangkakan dan ia suatu keputusan yang aku nanti-nantikan.

Mana tidaknya, sudah sekian lama aku menanti keputusan itu muncul akhirnya baru semalam aku dapat. Sebenarnya pelbagai cara sudah aku lakukan sehinggakan aku mulai bosan, akhirnya keputusan itu muncul hari ini.

Apa pun, itulah suatu keputusan yang paling menggembirakan aku. Aku amat bersyukur atas keputusan itu dan ia tidak lagi membebankan aku. Bolehlah aku pergi bercuti dengan tenang dan menikmati hidup yang aman dan damai :p

Malaysia bumi bertuah?.


Malaysia merupakan sebuah Negara hutan hujan tropika yang kaya dengan alam flora dan faunanya. Malaysia juga kaya dengan sumber asli dan hasil bumi yang boleh dimanfaatkan oleh penduduknya apatah lagi penduduknya yang berbilang kaum yang hidup aman dan damai dan semua ini membuatkan Malaysia sebuah Negara yang semua orang ingin duduki, akan tetapi malangnya ada segelintir dari kita yang tidak pernah bersyukur hidup di bumi Malaysia ini.

Akhir-akhir ini pelbagai isu tercetus termasuklah yang membakar api perkauman, merintis kepulangan ketua komunis dan lain-lain lagi. Siapakah dalang disebalik semua kejadian ini?. Kita lihat, orang yang suka membuat kacau bilau ini tanpa merasa sedikit bersalah merupakan orang yang suka melihat Negara dan rakyat Negara ini menderita. Tidak dinafikan dalang ini juga mempunyai pengikut-pengikut yang begitu taksub yang juga terdiri daripada Rakyat Negara ini dan semua ini membolehkan dalang ini terus mengekalkan usaha bagi memperalatkan rakyat dan memporak-perandakan Negara yang aman damai ini.

Apakah kita sebagai seorang rakyat Malaysia ingin melihat keadaan Negara kita seperti zaman sebelum kemerdekaan?. Jika tidak, mengapa kita terus membenarkan dalang-dalang ini terus berkuasa dan terus merosakkan Negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat di Negara ini mempunyai kuasa dan hak yang tersendiri. Penterjemahan hak itu hendaklah berlandaskan sesuatu yang nyata, waras dan mestilah mengikut undang-undang tanpa mengganggu gugat individu lain. Kebebasan telah diberikan tetapi jangan lah kita menyalahgunakannya.

Hak bersuara juga ada batas-batasnya. Janganlah sampai ia boleh menimbul kekacauan, perpecahan kaum, mahupun menggugat keselamatan individu lain mahupun Negara kita ini. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang bertuah ini, hapuskanlah ideologisma yang boleh menggugat keharmonian yang boleh membawa kita kepada perpecahan. Anda menyokong seseorang pemimpin itu mestilah melihat akan kebenaran atau menyelidik latar belakang individu tersebut sebelum terjadi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan anda juga tidak boleh sewenang-wenangnya menunding jari dan meletakkan kesalahan terhadap orang lain.

Sokonglah kepada kebaikkan dan bukannya menyokong dalang yang menyuruh merosakkan dan mengucar-kacirkan Negara ini. Janganlah kita dah terhantuk baru terasa sakit. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Semaikan rasa taat setia kita kepada agama yang kita anuti, kerana tidak ada satu pun agama yang mengajar kita ke arah perpecahan malah agama-agama yang ada di muka bumi ini semuanya mengajar kita rasa cinta terhadap individu lain dan menyemai keharmonian.

Tuesday, June 9, 2009

Aku dengan caraku


1. Setiap manusia dilahirkan mempunyai perwatakkan yang berbeza, ia termasuklah pemikiran dan pemahaman individu tersebut. Semua ini tidak akan sama di antara satu sama yang lain. Cara aku melihat dunia ini amat berbeza daripada individu lain, ia termasuklah pemikiran dan aku terjemahkan melalui idealogisme yang tersimpan dalam kotak pemikiran ku. Manusia hidup perlu ada idea-idea yang membolehkan seseorang itu berjaya dalam apa jua yang dia ingini. Cuma penterjemahan terhadap idea itu perlu dilakukan dengan cara yang terbaik dan ia hendaklah memastikan idea-idea tersebut bernas dan berkualiti. Manusia hidup tanpa ada idea bermakna manusia itu tidak mempunyai mutu daya saing dalam diri mereka apatah lagi manusia yang begitu bodoh dalam menjana kelebihan diri berbanding mereka yang ada idealisme.

2. Aku dengan cara aku, sebolehnya aku mahu menyenangkan hati semua pihak yang ada di sekitar aku tetapi malangnya aku tidak dapat memuaskan hati mereka. Ada di antara mereka suka dan ada pula sebaliknya, pendapat kita tidak semua yang boleh menerimanya sebab itulah setiap manusia itu dilahirkan berbeza antara satu sama yang lain. Aku tidak hirau kepada sesiapa yang tidak boleh menerima cara aku, tetapi mereka tidak perlu lah bersikap kurang ajar atau bercakap sesuka hati di belakang aku tambahan pula kata-kata itu disampaikan kepada orang lain dengan cara mereka dan membuatkan orang mula memandang serong terhadap seseorang individu itu.

3. Pelik tapi benar, inilah masyarakat kita 'Orang Malaysia' yang suka akan cerita-cerita panas, gosip dan sebagainya. Bagi aku, jika kita tidak suka akan seseorang atau mula membenci, maka apa yang perlu dilakukan adalah mengundurkan diri dan menjauhkan diri tanpa berkata apa-apa. Itulah sepatutnya yang perlu kita lakukan agar perkara yang kecil tidak diperbesarkan. Memang tidak dinafikan ada dikalangan kita amat tegas dalam sesuatu perkara. Ketegasan mereka perlu kita hormat dan akur kerana ada sesuatu yang mereka rasakan betul dalam keputusan yang mereka buat dan janganlah kita cuba untuk bertikam lidah akan perkara yang kecil. Jika kita dapati keputusan yang dibuat itu salah dan semati-matinya mereka bertegas dengan keputusan mereka, kita patutnya membiarkan mereka reda dahulu dan barulah kita menasihati mereka. Ini tidak, ada sesetengah dari kita masih berkeras kepala dengan menunjukkan kehebatan masing-masing dan kerana itu maka mulalah mata berlebam dan badan berparut sana sini disebabkan pertelingkahan yang tidak sepatutnya berlaku.

4. Aku dengan cara aku, suka atau tidak orang pada aku, aku tetap aku. Jika tidak boleh mengikut cara orang itu maka jalan yang perlu diambil adalah dengan mengundurkan diri dan menjauhkan diri dari individu tersebut. Kita juga perlu tahu manusia tidak sempurna. Oleh itu manusia ada kelebihan dan kelemahan. Kita mungkin boleh menerima kelebihan seseorang individu tersebut tetapi adakah kita juga boleh menerima kelemahan seseorang itu?. Banyakkan manusia semasa mereka bahagia mereka lupa akan kelemahan atau salah silap seseorang, tetapi apabila masalah berlaku maka kebaikkan orang tersebut terus dilupakan dan yang dipandang hanyalah kesalahan dan kelemahan. Justeru itu mulalah pergaduhan berlaku, caci maki dan sebagainya.

5. Orang kita cara kita, manfaatkan setiap apa yang kita pelajari dan janganlah kita kedekut ilmu. Ada sesetengah orang mempertikaikan orang itu pandai berkata-kata, pandai memberi nasihat tetapi diri sendiri tidak betul. Kita harus ingat, orang itu memberi nasihat dan kita mnedengar nasihat beliau tetapi orang tersebut tidak mempratikkan sepertimana yang beliau nasihatkan terhadap orang lain. Inilah yang dikatakan kebaikkan (keistimewaan) dan kelemahan seseorang. Perlukah kita mempertikaikannya?. Sepatutnya kita ambil yang baik dan yang buruk kita jadikan pengajaran buat diri kita dan kita juga perlu memainkan peranan untuk membantu individu tersebut agar kita sama-sama menjadi manusia yang berjaya. Lebih sudu. dari kuah. Inilah hakikat 'Orang Malaysia'.

Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan


Baru-baru ini kita kedengaran akan 'Kerajaan Perpaduan' yang dicanang oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mana beliau merupakan Presdiden Pari Islam Semalaya (PAS). Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan oleh beliau tidak disenangi oleh beberapa pihak termasuklah pihak dalaman PAS, pihak dari parti DAP dan Pihak dari parti PKR, akan tetapi tidak pula kedengaran rasa tidak puashati dikalangan pihak UMNO malah Datuk Seri Najib sudah memaklumkan yang beliau bersikap terbuka dalam Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Preseiden PAS ini.

Terdetik di hati untuk bertanya, mengapa penyatuan ummah demi kebaikkan semua umat Islam tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak terutama orang islam sendiri?. Apa yang mereka cari?. Sememangnya kita dapat melihat mereka-mereka yang tidak menyokong untuk perpaduan ummah ini merupakan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan sendiri, mereka lebih pentingkan kedudukan dan wang mereka berbanding menyatukan ummah.

Saya lihat usaha murni Datuk Seri Haji Hadi Awang ini merupakan satu usaha yang murni yang ingin melihat umat Islam bersatu dengan mengenepikan fahaman politik. Justeru itu saya amat menyokong penuh akan 'Kerajaan Perpaduan' ini dan berharap agar ia dapat direalisasikan demi penyatuaan ummah yang sudah semakin terhakis akibat fahaman politik yang keterlaluan.