Kehidupan ini sebenarnya tidaklah begitu payah jika kita tahu tujuan hidup kita dengan mematuhi lunas-lunas yang telah ditetapkan dan tahu akan konsep kehidupan itu sendiri. Kita jarang nampak manusia hidup tanpa mengalami sebarang masalah mahupun mengungguli segala rintang yang ditempuhinya dengan sempurna.
Apa yang hendak disampaikan di sini adalah berkenaan dengan kefahaman kita tentang konsep kehidupan manusia itu sendiri di atas muka bumi ini. Apa yang kita lakukan, kita hendaklah tahu akan sesuatu konsep itu dan lunas-lunas yang perlu kita patuhi agar kita tidak menyusahkan orang disekeliling kita. Ramai di kalangan kita hidup tidak ada tujuan atau dengan erti kata yang lain, hidup tidak mempunyai hala tuju yang sebenar.
Sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis yang sahih banyak yang telah diajar kepada kita bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini dengan sempurna tanpa membawa masalah kepada orang disekeliling kita. Apakah kita faham dan apakah kita mengambilnya sebagai pedoman dalam kehidupan kita pada hari ini?.
Pernah suatu ketika dulu, cikgu saya bertanyakan kepada saya akan perihal kehidupan. Bertanyalah cikgu kepada saya, "Adakah anda tahu tujuan hidup anda di atas muka bumi ini?". ketika itu saya kurang faham apakah maksud sebenar cikgu saya dengan bertanyakan soalan sedemikian rupa. Bertanyalah saya kepadanya, "Apa yang cikgu maksudkan?".
Soalan itu dijawabnya dengan beberapa potong ayat yang tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat saya. Ayat itu berbunyi sebegini, "Bila anda tidur nanti, berdoalah agar anda akan hidup pada keesokkan harinya, jika tidak itu bermaknanya dunia ini sudah pun sampai ke penghujungnya dan tibalah hari perhitungan, tatkala itu bertanyalah pada diri anda apakah anda sudah melalukan yang terbaik di dalam kehidupan anda pada masa yang lalu?. Jika jawapannya tidak, maka ketika itu janganlah ada penyesalan kerana ia sudah tidak berguna lagi. Oleh itu jika kita tidak mahu ada penyesalan maka kita perlu berubah pada saat ini juga agar kehidupan kita membawa seribu erti kepada semua orang yang berada disekeliling kita mahupun di hari perhitungan nanti".
Suara cikgu yang menyampaikan ini tidak lah begitu garau ataupun menunujukkan kegarangannya, akan tetapi suara yang dilontarkan merupakan suara yang begitu manis sambil tersenyum lalu ia memberi peringatan yang jelas kepada diriku agar berubah dan tidak mahu ada penyesalan di kemudian hari. Peringatan itu aku jadikan sebagai kekuatan untuk aku tempuhi kehidupan yang penuh dengan suka duka ini.
Persoalannya seberapa ramai dikalangan kita yang mengikuti ceramah agama atau yang menghadiri kem-kem keinsafan dapat pertahankan suasana ini?. Sehari?, seminggu? atau sebulan dan akhirnya peringatan itu sekadar peringatan sahaja tanpa menjerumuskan diri kita ke arah keinsafaan yang berterusan.
Oleh itu sebagai peringatan kepada diri aku dan rakan-rakan yang lain, sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini untuk dijadikan pedoman buat kita agar kelak kita tidak akan menyesal dan semasa hari perhitungan nanti, kita berharap agar keadaan kita baik-baik belaka dan tidak mengaibkan.
Salam Hormat
0 comments:
Post a Comment