Saturday, April 23, 2011

Jahilnya Si pengecut Lidah Bercabang

Sesetengah manusia hidup di atas muka bumi ini suka menunjuk lagak kononnya mereka ini kuat dan hebat. Kalau bercerita, tidak pernah mahu kalah. Hakikatnya mereka sebenarnya manusia yang pengecut sehinggakan mereka lebih suka bercakap dibelakang tanpa berdepan dengan individu tersebut. Alasan mereka untuk tidak berdepan adalah pelbagai dan alasan itu juga sudah pasti akan mengangkat diri mereka lebih tinggi lagi. Hanya kata-kata tinggi melayang dengan penuh semangat tetapi kebenarannya belum pasti.

Manusia sebegini boleh dikenalpasti dengan beberapa cara. Salah satunya dengan melihat cara mereka yang sememangnya gemar menceritakan keburukkan orang lain dengan pelbagai isu dan cerita itu tidak disampaikan pada seorang individu malah ia akan mencanang satu kampung tidak kira siapa pun dia sama ada mereka kenal atau pun tidak. Cara lain untuk mengenali orang sebegini ialah dengan melihat gelagat mereka di mana selalunya mereka akan sentiasa bangga dengan setiap apa yang mereka katakan atau setiap apa yang mereka lakukan.

Oleh itu, jangan lah kita hairan jika berhadap dengan orang sebegini kerana mereka bukan sahaja pengecut malah mereka sebenarnya memperlihatkan keburukkan diri mereka. Orang sebegini tidak akan pernah jemu bercerita atau mengaku kalah atau berhenti dari menjatuhkan orang kerana dari kecil mereka telah dididik oleh ibu bapa mereka.

Hal yang lain, mereka amat suka dan gemar apabila memburukkan orang tetapi apabila keaiban mereka diselak oleh kita, mereka akan cepat melatah dan tidak akan pernah mengaku kesalahan dan keburukkan mereka malah mereka akan menambahkan lagi keupayaan untuk memburukkan orang itu dengan berlipat kali ganda.

Usah risau tentang dosa pahala. Apa yang mereka lakukan itu merupakan pahala buat mereka dan bukannya suatu dosa. Akibat terlalu taksub mengaibkan orang, mereka lupa yang mana mereka sebenarnya telah menampakkan kejahilan dan kebodohan yang teramat sangat kerana mereka tidak sedar yang mana mereka telah berdosa terhadap individu yang mereka zalimi itu dan kita tidak akan terlepas dari seksaan Allah selagi individu tersebut tidak memaafkan kita. Berbanding dengan kita melakukan dosa dengan allah, Allah maha pengampun dan maha mengasihani. Kita hanya perlu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengulanginya lagi maka Allah pasti mengampunkan kita. Sebenarnya mereka tahu dan sedar akan hal ini tetapi mereka tidak peduli asalkan hajat untuk menjatuhkan orang tercapai.

Amat malang bagi individu sebegini, sudahlah pengecut dan jahil pula tu. Pasti anda berasa sungguh bangga bukan.

Inilah yang dikatakan manusia yang panjang akal. Panjang akal dari segi untuk menjatuhkan orang, memburuk-burukkan orang dan diakhir cerita nanti panjang akal telah bertukar menjadi pendek akal. Mereka lupa untuk mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum mereka memburuk-burukkan orang lain. Sudahlah keluarga mereka kucar kacir, hal rumahtangga pula tonggang langgang dan penuh dengan pelbagai masalah tapi ada hati untuk memburuk-burukkan orang lain. Itulah dia, nak bercakap lain kali pandang-pandanglah dulu. Jangan tahu bercakap tapi tak tahu nak buat dan akhirnya kita yang malu.

Sudahlah hidup tak kemana, nak kata kaya taklah kaya. Kalau keluar pun, mengharap agar orang lain belanja. Masih tak sedar diri dan masih ingat diri tu dah terlalu bagus dan cukup sempurna. Biarlah kita miskin atau buruk wajah tapi hati baik. Ini tidak, dah lah rupa tu buruk, hati pula lebih buruk dari rupa sendiri. Mana tidaknya, lihat sahaja akan kisah baju yang sepatutnya disedekahkan kepada anak yatim. Mereka kebas dahulu sebabkan baju tersebut berjenama dan masih baru dan terdapat juga baju-baju lama tapi sebelah mata pun tak pandang. Jadi inikah yang dikatakan berhati mulia?. Ingatlah mengambil apa yang telah menjadi hak anak yatim tanpa izin mereka maka berdosa besar kita. Inilah manusia muka tembok yang lancang berkata-kata tetapi akal tiada dan lupa untuk melihat diri sendiri terlebih dahulu, yang mereka tahu memburukkan orang lain.

Apa pun kita harus berterima kasih kepada mereka kerana membantu kita mendapatkan kawan yang amat baik. Mana tidaknya, cerita mereka yang memburukkan kita pada kawan-kawan kita boleh diuji. Kalau ada kawan yang percaya dengan kata-kata mereka maka ia bukanlah kawan yang baik kerana kawan patut kenal siapa kawan mereka dan tidak termakan dengan kata-kata orang yang kita tidak kenal. Jadi satu penghargaan dan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi pekerja kita dengan percuma dan jangan pula kita halang mereka, malah kita teruskan memberi semangat kepada mereka tidak berhenti begitu saja.

Orang yang berakal akan pasti dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Orang yang bercakap tentang keburukkan orang lain sudah pasti orang itu tidak baik manakala sebelah pihak lagi tidak berkata apa-apa sudah tentu ia adalah mangsa. Hanya yang tuli saja akan termakan kata si bebal dan orang ini lebih malang daripada orang yang suka memburuk-burukkan orang.

Akhir kata kepada individu-individu yang suka memburuk-burukkan orang, teruskan perjuangan anda dan jangan pernah terfikir untuk berhenti dari kerja murni yang anda lakukan ini. Kalau mulut dah penat berbicara anggota badan lain boleh sambungkan atau minta tolong dengan suami atau anak atau adik beradik lain yang sememangnya dilahirkan khas untuk melakukan kerja sebegini dan hasilnya nanti mereka akan jadi jutawan dan hidup mereka akan senang. Manakala individu yang diburukkan langsung tidak tergugat atau ada cacat cela dan tak luak walaupun sedikit malah berbangga kerana mereka ibarat seperti artis popular, di mana cerita mereka hangat diperkatakan. Usah risau dan bimbang akan cerita yang disampaikan itu, tidak kira cerita baik ataupun buruk yang penting hidup kita jauh lebih baik daripada mereka. Orang tuli akan terus percaya manakal orang berakal tahu apa yang perlu mereka lakukan. Oleh itu, orang yang hatinya busuk sebenarnya hidup dalam serba kemiskinan tidak kira dari segi akal fikiran mahupun harta benda yang mereka perolehi. Ini bukti yang nyata dan jelas menunjukkan, kita lebih berjaya dan kaya daripada mereka. Jadi teruskan berlagu dan menarilah dengan rentak yang anda sendiri mainkan sampai anda berasa puas.

0 comments: