Tuesday, February 28, 2012

Bila 'Badut' berbicara maka bertemu jodoh bersama ' Boneka'

Bila badut mula berbicara maka ramai yang akan mendengarnya kerana kebiasaannya badut beraksi hanya guna gaya berserta dengan memek muka tetapi tidak pula bersuara.

Bila badut bicara sudah pasti bicaranya berkisarkan tentang lawak jenaka dan bukannya memberi ceramah agama atau bercakap tentang isu semasa mahupun bicara masalah ekonomi yang sedang melanda dunia. Jika topik itu yang badut bicara maka akan bertambah lah pesakit gila di Malaysia yang kini semakin meningkat angkanya.

Maka badut pun berjenaka dengan harapan jenakanya akan ditertawakan oleh manusia. Malangnya tak ramai yang ketawa, ada yang mendengar saja tanpa menunjukkan reaksi apa-apa, ada pula yang tak sanggup mendengarnya, yang menyampah pun ada dan ada juga yang memuji dan memuja walaupun cerita badut tadi berkisar tentang cara bagaimana untuk nak memaki dan mencerca dalam konteks lawak jenaka.

Apa pun reaksi mereka, yang pastinya semua orang tahu badut merupakan individu yang akan beraksi di mana tugasnya untuk membuatkan orang ketawa dan untuk memeriahkan lagi suasana tidakkira sama ada mereka gunakan gaya mahupun bicara untuk mereka berjenaka. Malangnya ada juga segelintir penontonnya menganggap badut itu seperti dewa. Lantaran itu, mereka dengan sendirinya telah menawarkan diri untuk menjadi boneka kepada badut yang dianggap dewa. Seperti kata bidalan tak kenal maka tak cinta. Jadi badut terus menyahut lalu berkata 'pucuk dicinta ulam mendatang' maka tanpa membuang seminit dua mereka telah bertemu jodoh walaupun mereka tak bersua muka. Itu pun setelah puas merantau di segenap pelusuk dunia dengan menabur fitnah di sini sana sehinggakan badut hilang punca sampaikan membuka pekong di dada barulah bertemu jodoh dengan boneka yang amat memahami diri badut seadanya. Seperti kata pepatah 'ibarat isi dengan kuku' kiranya mereka ini sama cocok sama padan jadi pasti serasi bersama sedangkan badut sebenarnya hanya mempergunakan boneka demi memenuhi hasrat dijiwa.

Apa yang akan terjadi agaknya bila badut dan boneka beraksi bersama? Nantikan kisah di mana lawak jenaka jalinan mesra dua hati dua jiwa di antara badut dan boneka yang akan membuat pelbagai aksi, pelbagai gaya dan pelbagai cerita sejurus melihat coretan yang berkuasa. Sudah pastinya coretan ini akan membuatkan muka mereka berdesing telinga, hati pula hangat membara maka kita perlu siap sedia untuk mentertawakan badut dan boneka.

Bagi membakar lagi suasana sehingga punggung mereka terus membara agar mereka tidak berhenti berehat untuk seketika kerana usaha mereka belum berjaya dan mereka kena teruskan usaha mereka sampai mereka hilang nyawa maka seloka badut dibuatkan khas untuk dihadiahkan atas jasa dan pengorbanan 'badut & boneka'



Untuk apa badut nak runsing
Angkat tangan jari ditunding
Salah siapa itu tak penting
Sepatutnya cerita badut berakhir dengan happy ending
Tapi alih-alih badut naik angin
Patutlah badut nampak pening

Kata badut ilham untuk buat cerita itu datang semasa rambut digunting
Bila tengok mamak yang gunting
Maka badut letak banyak adengan keling
Macam ludah sekali boleh beralih dinding
Bila ludah dua kali dinding pula berpusing
Jadi banyak juga adengan menarik telah disunting
Mereka kata pelik dan tak sesuai untuk tontonan wanita bunting

Sekarang tengah nak buat cerita tentang makhluk asing
Boneka dah ada dan dia boleh jadi orang asing
Ceritanya nak bagi makhluk asing melenting
Bila dah melenting mulut pula akan bising
Baru maki telinga akan berdesing
Matlamat turun ke bumi bukan untuk bermain gasing
Dari kuala lumpur bermain sampai ke mersing
Balik kuala lumpur bila fajar menyinsing
Akhirnya cerita makhluk asing tak dapat dipertanding
Kerana ada juga unsur-unsur keling
Kali ini tak sesuai untuk tontonan penduduk baling.



Copyright 2012 - hak cipta terpilihara

0 comments: