Saturday, February 4, 2012

Masalah & Permasalahan

Ada di antara kita sering dilanda masalah dan ada juga yang suka mencari masalah. Ada pula yang suka memberi masalah dan ada yang suka akan kedua-duanya iaitu mencari dan memberi masalah.

Kita sebagai manusia yang bertamadun yang telah dijadikan oleh Allah dgn sebaik-baik kejadian dgn cukup sifatnya sudah semestinya akan membantu mereka yang ditimpa masalah mengikut keupayaan dan kemampuan kita dan itulah yang sepatutnya dilakukan bagi seorang manusia yang terpuji.

Apa pun, tidak semua manusia yang sebegitu kerana mereka beranggapan sebaliknya. Mereka amat gemar dan suka mencari dan membuat masalah. Jika masalah yg dicari itu utk diri mereka maka tidak menjadi hal, tetapi dgn riak dan bangganya mereka mencari masalah dan mereka sandarkan pula pada orang lain. Ibarat kata pepatah 'baling batu sembunyi tangan'.

Persoalannya,

Apakah benar atau memang sudah menjadi lumrah manusia yang bertamadun dan berakal, jika seseorang yang tidak ada masalah maka kita harus mencari masalah dan berikan kepadanya agar kita tampak mulia di mata masyarakat?. Manakala bagi menonjolkan kebaikkan yang ada pada diri maka pelbagai cerita perlu diolah dan digarap mengikut nafsu jahat agar cerita itu menjadi lebih menarik dan sensasi dengan harapan akan dapat menarik perhatian dan sokongan masyarakat yang tidak berakal untuk turut serta menyokong sehingga orang tersebut jatuh tersungkur.

Persoalan lain,

Apakah benar mereka berjaya dengan apa yang mereka lakukan?. Adakah percakapan mereka didengari oleh semua orang?.

Menariknya di sini, mereka sanggup membelakangkan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T termasuk sifat-sifat terpuji yang ada pada manusia semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan kepuasan hati jahat mereka. Malangnya, individu yang turut sama menyokong perbuatan mereka juga sama jelek dan mereka seharusnya menjalinkan persahabatan yang erat di bawah satu bumbung agar orang sebegini tidak ditempatkan di kalangan orang-orang yang mempunyai akal di mana mereka sememangnya tidak suka untuk memburuk-burukkan orang lain.

Lihat juga pada kehidupan orang sebegini adakah mereka bahagia atau sengsara?.

Jika bahagia yang mereka katakan maka mereka sebenarnya silap kerana kehidupan mereka penuh dengan sifat-sifat keji dan disebabkan itu mereka akan hidup dengan ketakutan atas igauan atau bayang-bayang orang yang cuba hendak mereka jatuhkan. Oleh itu, ubahlah sikap tersebut dan gunakanlah akal sebelum hendak bercakap sesuatu agar tidak menampakkan diri kita seperti anjing gila yang menyalak siang dan malam tanpa mengetahui apa yang disalakkan itu.

Apa pun kita patut utamakan masalah diri sendiri terlebih dahulu dan selesaikannya, bukannya menjadi hero kampung apatah lagi dengan angkuh menyelak kain dalam orang lain sedangkan kain dalam mereka sendiri koyak rabak.

copyright 2012

0 comments: